Setiap ibu bapa mempunyai selera berbeza dalam menentukan nama anak. Kadangkala, ahli keluarga lain turut memberi cadangan pilihan nama-nama yang sedap dan baik maknanya. Namun siapa sangka bagi sepasang suami isteri ini, mereka berdepan sedikit isu dalam proses memilih nama sesuai untuk zuriat tersayang.
BACA : Nama Binti Abdullah, Anak Dedah Rupanya Halim Othman Pernah Nikah Di Thailand
Setiap kali nak tulis di buku pemeriksaan bulanan, nama anak tak muat
Terdahulu di TikTok Puan Sherry, dia berkongsikan video ketika berada di JPN untuk menukar semula nama anaknya yang difahamkan agak panjang. Bercakap lanjut tentang masalah tersebut bersama mStar, rupanya sebelum ini pemilihan nama Luth Hayden sudah pun dibuat lebih awal. Namun selepas bayi comel itu lahir dan di fasa berpantang, ada seorang ahli keluarga yang kurang bersetuju dengan nama itu.
@sherryhsnzn_ Alhamdulillah from Muhammad Luthfi Hayden to Luthfi Hayden. ❤️ #fypシ゚viral #fypシ
Ramai netizen persoal…Mereka kata mesti saya tak tahu nama Muhammad tu bagus & akan dipanggil cepat di akhirat
Akibat permasalahan menulis nama yang terlalu panjang, mereka mencapai sepakat membuang pangkal nama ‘Muhammad’. Meskipun tindakan ini dipertikai ramai, ibu berkenaan tegas mempertahankan hak anaknya selain menyifatkan ia berbalik kepada kehendak masing-masing.
Takde istilah tumpang glamour ke apa…Apa yang I ada pun dah syukur
Di kesempatan itu, wanita berusia 24 tahun berkenaan mengatakan proses tukar nama di JPN cuma memakan masa sekitar 1 jam sahaja. Tambahnya lagi, sebenarnya anak kecil yang masih di bawah umur setahun masih boleh menukar nama. Kesimpulan daripada penjelasan ini, Puan Sherry turut menafikan dakwaan membuka pekung keluarga. Jelasnya lagi, hal ini sudah dibincangkan terlebih dahulu dengan ibunya sebelum diceritakan kepada umum.
Kredit : IG Sherryhsnzn & TikTok sherryhsnzn
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
