“Besarnya Kasih Seorang Ibu” – Sanggup Hutang Ceti Demi Hadir Konvokesyen Anak!

Bagi yang tidak tahu, kebanyakan universiti di seluruh Malaysia meraikan pelajar masing-masing sekitar bulan Oktober dan November saban tahun. Dan sudah menjadi kebiasaan juga untuk kita melihat pelbagai reaksi dan foto gembira sepanjang berlangsungnya musim konvokesyen. Namun begitu, kali ini ada satu kisah lama dikongsikan semula yang wajar menjadi inspirasi buat rata-rata graduan yang ada di luar sana.

BACA: “CGPA Aku 2.79 Parents Masih Datang Konvokesyen, Tapi Bila Mak Tengok Result..”

Gambar sekadar hiasan

Terkejut dengar ibu nak datang England… keluarga kami selama-lamanya miskin

Sekitar 19 tahun yang lalu, lelaki yang dikenali sebagai Meor ini baru sahaja menghabiskan pengajian di universiti yang bukan calang-calang hebatnya iaitu di Sheffield, England. Ketika memaklumkan kepada ahli keluarga tentang perkhabaran gembira berkenaan, dia bagaimanapun agak terkejut apabila ibunya mahu terbang ke sana bagi menghadiri upacara konvokesyen. Hal ini kerana latar belakang keluarga mereka bukanlah senang jika dibandingkan dengan orang lain.

Pernah bertekak bila ibu nak pinjam wang daripada ceti

Gara-gara ingin tahu bagaimana ibunya bakal ke sana, akhirnya Meor berasa sangat marah apabila wanita itu terlepas cakap bahawa dia mahu membuat pinjaman daripada sumber yang sangat berisiko tinggi. Namun segala tegurannya bagai mencurah air ke daun keladi apabila ibunya nekad melakukan perkara tersebut di luar pengetahuannya. Tahu-tahu dah sampai ke lapangan terbang di Manchester.

Mungkin dia yang paling buruk…tapi dia ada

Meskipun bermacam drama telah berlaku sepanjang di rumah dan airport sebelum itu, Meor ternyata berasa amat syukur dengan kehadiran insan terpenting dalam hidupnya itu. Biarpun di mata orang dia nampak lusuh, namun insan inilah yang menyerikan lagi detik sejarah konvokesyen anaknya pada masa itu.

Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu..

Rentetan daripada peristiwa itu juga, dia mengimbas kembali semua pengorbanan yang telah dilalui oleh ibunya. Meskipun sanggup berhutang dan berjalan dengan kaki yang tidak sihat sepenuhnya, tetapi wanita yang melahirkannya itu tetap nekad merentas beribu batu semata-mata ingin melihat anaknya menggenggam segulung ijazah.

Sumber: FB Meor Shamshir

Apa Komen Anda?