“Betul Ke Perut Ke Bawah Tu Baby Boy?” – Doktor Bongkar Mitos Wanita Mengandung

Dalam isu yang berkaitan dengan kesihatan, tak dinafikan ada sahaja mitos atau kepercayaan yang ditokok tambah oleh masyarakat. Mana taknya, dulu mana ada sangat doktor yang bertauliah atau teknologi moden yang sangat maju kan? Semuanya bergantung kepada pengalaman dan pemerhatian semata-mata. Malah antara topik yang paling kerap disangkal oleh para pengamal perubatan adalah yang berkait dengan soal kehamilan.

BACA: 3 Wanita Ini Buktikan 3 Kepercayaan Masa Mengandung Sebenarnya Mitos!

Gambar sekadar hiasan

Soalan berkaitan baby boy atau baby girl..

Kebiasaannya bakal-bakal ibu ini tidak mempunyai banyak masa untuk membaca apa saja tentang info yang berkaitan kehamilan atau kesejahteraan bayi yang berada dalam kandungan. Maka mereka lebih mudah percaya kata-kata yang disampaikan oleh orang terdekat atau yang rajin menegur. Terpanggil dengan perkara itu, Dr Izzat yang sering melakukan thread perubatan ini mengulas beberapa soalan yang sering diajukan kepadanya.

Gambar sekadar hiasan

Rambut cepat tumbuh, baby boy...lambat tumbuh baby girl

Selain mengenai keadaan perut, dia turut memperjelaskan bahawa kadar degupan jantung dan penumbuhan rambut para wanita yang sedang mengandung tiada kaitan dalam penentuan jantina anak masing-masing. Hal ini kerana secara saintifiknya, semua perkara itu dipengaruhi oleh peringkat kehamilan dan perubahan h0rm0n yang dialami oleh semua bakal ibu.

Kalau mengidam masam, baby boy…Kalau manis baby girl

Menyentuh soal pemakanan atau mengidam pula, Dr. Izzat menjelaskan bahawa itu hanya muslihat yang dikemukan oleh golongan wanita sahaja. Kenyataan itu bahkan kedengaran tidak masuk akal kerana kini sudah ada alat yang boleh menyatakan secara tepat jantina bayi pada usia kandungan yang tertentu.

Sumber: Twitter muhammadeizat

Apa Komen Anda?