Viral

BFF Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik Terakhir Menyanyi Bersama

BFF Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik Terakhir Menyanyi Bersama

Minggu lalu, dua orang pelajar tingkatan 3 telah terlibat dalam satu nahas jalan raya selepas motor yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori balak. Kejadian tersebut yang berlaku di Jalan Utama Felda Mempaga ke Chinta Manis, Karak telah meragut nyawa Muhammad Fikrie Mohd Azhari dan Muhammad Haziq Iskandar Khairul Amir.


BACA: Anggota TUDM Ajal Ke Tempat Kerja Masuk Lopak Air, Adik Mohon Sedekah AlFatihah

Masih simpan rakaman anaknya dan kawan baik nyanyi bersama-sama

Susulan pemergian itu, Puan Ana Suhana iaitu ibu kepada Muhammad Haziq berkongsi video terakhir nyanyian mereka bersama yang sempat dirakam sebelum ini menerusi aplikasi TikTok. Jelas kelihatan keakraban kedua-duanya sewaktu sama-sama menyanyi dan bermain gitar dengan penuh fokus.

@anasuhana27

Allahu..sedihnye suara arwah.. 😭hari keenam sudah berlalu arwah pergi.. stlh aku digelar ibu tunggal arwah penguat semangatku tlh pergi meninggalkn

♬ bunyi asal – Ana Suhana – Ana Suhana

Sukar terima kenyataan tapi perlu kuat untuk anak-anak lain

Wanita itu mengakui kehilangan anak ketiga daripada 4 beradik berkenaan membuatkan dirinya terduduk. Jelasnya setelah dia dan suami mengambil keputusan untuk berpisah, anak lelakinya itulah yang menjadi penguat semangat agar terus bangkit. Walaupun sukar untuk menerima kenyataan, dia tetap perlu tabah demi anak-anaknya yang lain.


@anasuhana27

allahuakhbar😭😭😭..perginye xkn kembali… ank yg dikandung 9 bln akhirnye meninggalkn ku buat selamanye… damailah kau disana ank syurga😭😭😭😭

♬ Kemarin – Seventeen

Dia lah penguat semangat saya tapi Allah lebih sayangkan Haziq

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa kedua-dua remaja tersebut. Selain itu, ramai juga tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan takziah kepada Allahyarham disamping meminta ibunya untuk bersabar.


BFF Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik Terakhir Menyanyi Bersama

BFF Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik Terakhir Menyanyi Bersama

BFF Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik Terakhir Menyanyi Bersama

Sumber: TikTok Ana Suhana & Portal Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

BFF Ajal Bertembung Lori Balak, Ibu Kongsi Detik Terakhir Menyanyi Bersama

Facebook

Telegram