Cinta Viral

Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Kawan akan sentiasa ada waktu susah dan senang. Begitu juga bila tiba bab perkahwinan, teman baiklah yang mesti akan datang walaupun dari jauh termasuklah apabila diajak menjadi bridesmaid atau pengapit. Pun begitu meskipun sudah diberitahu awal tentang tarikh pernikahan, kadangkala kekangan boleh berlaku sehingga tidak berpeluang menemui pengantin.

BACA : Nurse Sampai Bingung, Wanita Masih Berselera Walaupun Tengah Tahan Contraction

Sedih tak dapat datang…Sebab sarat tunggu masa nak ‘pop’

Persis kisah yang berlaku pada dua orang rakan baik ini, nampaknya mereka tidak dapat bergelak ketawa di atas pelamin sambil mengambil gambar persis orang lain. Melalaui rakaman pendek yang dikongsikan sejak semalam, salah seorangnya tidak dapat memenuhi jemputan kahwin kerana due date untuk beranak sudah begitu hampir.


Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Sanggup jumpa kat rumah nak bagi goodies…Spend time 15 minit je

Disebabkan hal itu, kawannya sanggup pergi sendiri ke rumahnya setelah majlis akad nikah untuk memberikan goodies kepada ibu hamil tersebut. Bukan itu sahaja, mempelai berkenaan juga mengajak berjumpa di luar untuk meluangkan masa bersama. Namun, mereka hanya sempat bertemu dalam 15 minit sahaja disebabkan pasangan baru berkahwin itu rushing untuk pulang.

@weeew.1

Kawan baik memang ramai.. Tapi nak jumpa yang memahami + jujur + terima kita seadanya bukan senang ❤️ #bestfriend

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Bestnya…Harap kawan I pon akan buat macam ni one day

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen di mana rata-ratanya menyifatkan wanita ini beruntung memiliki kawan yang sangat memahami. Ada juga yang mendoakan agar persahabatan mereka sentiasa kekal.


Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies


Sumber : TikTok weeew.1

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kawan Tunggu Nak Bersalin Tak Datang Majlis, Pengantin Gigih Jumpa Bagi Goodies

Facebook

Telegram