Family Viral

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini, banyak kisah mengenai suami yang tidak bertanggungjawab berlegar di segenap ruangan media sosial. Trend ini berpunca apabila rata-rata pihak yang teraniaya sudah tidak tahan dengan krisis yang dihadapi dalam rumah tangga masing-masing. Bahkan pendakwah bersuara lantang iaitu Firdaus Wong juga terpanggil melontarkan rasa kecewa terhadap seorang lelaki yang didakwa mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya.

BACA: Suami Asyik Menangkan Keluarga, Wanita Ini 2 Tahun Hidup ‘Gantung Tak Bertali’

Jadilah lelaki sebenar..

Menerusi satu posting panjang di Facebook miliknya semalam, Firdaus menyatakan bahawa dia terpaksa menggunakan medium tersebut semata-mata untuk menyeru pihak berkenaan hadir ke mahkamah dan membuat pengesahan berpisah dengan isteri mualafnya. Hal ini kerana dia tidak menjalankan amanah sebagai seorang suami buat sekian lama dan wanita itu dibiarkan hidup ibarat ‘gantung tak bertali’.

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Tak pernah bagi nafkah…buat pinjaman hutang RM114 ribu atas nama isteri


Selain tidak pernah menunaikan nafkah kepada ahli keluarganya, lelaki ini juga dipercayai telah membiarkan isteri dengan beban hutang yang cukup besar iaitu lebih daripada RM100 ribu. Malah jumlah tersebut perlu ditanggung wanita berkenaan untuk tempoh selama 10 tahun. Firdaus Wong turut menggelarnya dayus kerana tidak pernah langsung berada di samping isterinya sepanjang tempoh melahirkan anak mereka.

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Memburukkan persepsi orang luar terhadap Islam

Lebih menyedihkan, ia sekali gus telah memberikan gambaran negatif tentang Islam lebih-lebih lagi daripada ahli keluarga isterinya. Segala usaha wanita bernama Valerie tersebut yang pernah meyakinkan mereka pada suatu masa lalu musnah akibat sikap acuh tak acuh suaminya. Atas dasar itu, Firdaus Wong minta kerjasama ramai supaya dia lekas hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan isu ini. Posting itu telah dikongsi lebih 11 ribu kali setakat ini.

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah


Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Guna agama untuk beristeri lebih…isteri pengsan di rumah sorang-sorang

Menerusi ruangan komen pula, seorang netizen dipercayai kenalan rapat Valerie turut menyatakan segala kesengsaraan yang pernah dialaminya. Antaranya adalah wanita mualaf tersebut pernah dibiarkan terlantar seorang diri serta berpindah ke flat yang lebih murah demi meneruskan hidup bersama anak-anak.

Biar Isteri Gantung Tak Bertali & Hutang RM114k, Suami Dayus Digesa Ke Mahkamah

Sumber: FB Firdaus Wong Wai Hung


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!