Biarkan Saja Anak Bermain, Parents Ini Dedah Cara Solat Sambil Dukung Anak

Walau apa jua yang terjadi, kita tidak boleh melengahkan ibadah kerana ia adalah tuntutan wajib. Bagi sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kadangkala perjalanan solat boleh terganggu kerana anak suka meleset atau merengek sehingga tidak boleh ditinggalkan langsung. Namun rupa-rupanya, kita boleh menunaikan solat sambil mendukung anak dan langkahnya ada dikongsikan oleh sepasang ibu bapa menerusi Facebook mereka.

BACA: Budak Tercekik Roti Selamat Dikebumikan, Pengasuh Bakal Dihukum Kerana Lalai

Solat sah kalau tahi cicak hujung karpet…sama dukung bayi

Menurut Insyirah Soleha, agama kita adalah agama mudah dan setiap kesukaran yang tercetus pasti ada jalan penyelesaiannya.

Pastinya ramai yang baru pertama kali mengetahui bahawa kita boleh menunaikan solat sambil mendukung anak. Justeru itu, perkongsian ini boleh dijadikan panduan agar selepas ini kita semua boleh menjalankan ibadat dengan tenang tanpa risau tentang keadaan anak.

Cara dan langkah yang betul untuk mendukung anak ketika solat…

Berikut pula adalah beberapa gambaran visual yang lebih jelas apabila menunaikan solat sambil mendukung anak. Selain nampak mudah untuk dipraktikkan oleh para ibu bapa, malah anak-anak juga dilihat tenang dalam setiap pergerakan solat. Di samping itu, perkara ini juga dapat membiasakan dan mendekatkan anak-anak dengan rukun IsIam yang kedua itu sedari umur mereka masih kecil lagi.

Sumber : Facebook Insyirah Soleha

Apa Komen Anda?