Bila Dah Ada Anak Perempuan, Baru Tau Susahnya Nak Jadi Seorang Bapak!

Cahaya mata adalah anugerah yang tidak ternilai bagi mereka yang bergelar suami isteri. Kelahiran anak-anak bukan sahaja dapat memeriahkan lagi suasana di dalam rumah itu, namun turut melengkapkan lagi sesebuah keluarga. Walaupun begitu, terdapat banyak cabaran yang perlu diharungi sepanjang membesarkan mereka, terutamanya di zaman milennia ini.  Tapi betul ke cakap orang yang membesarkan anak perempuan itu lagi sukar daripada lelaki?

BACA: Ucapan Hari Bapa Untuk Amy Search Diperli, Nabila Huda ‘Sound’ Mak Tiri!

Menerusi satu tweet oleh seorang bapa di yang tular baru-baru ini, dia telah meluahkan sebab mengapa kehadiran 2 anak perempuannya lebih membuatkan dirinya semakin serabut tapi dalam masa yang sama sangat beruntung.

Kena ada anak perempuan dulu baru tau erti menjadi bapak!

Lelaki senang..,kalau nakal boleh hukum untuk didik

Gambar sekadar hiasan

Anak perempuan best…tapi mereka hanya pinjaman sebelum diberi pada suaminya

Tiap kali jatuh, melompat…kena tolong cepat takut ada jadi apa2

Gambar sekadar hiasan

Antara yang paling menjadi kerisauannya juga adalah cara untuk menerangkan beberapa ilmu baru apabila mereka matang nanti, serta risiko kesihatan yang berkait rapat dengannya.

Makin besar makin complicated…emosi terganggu tanpa sebab munasabah

Vagina 0rgan yang jahat…bila dah matang mula lah keluar macam2 cecair

Para bapa…sila menuntut ilmu & praktikal cara pakai pad daripada bini

Selain itu, lelaki ini turut risau dengan perancangan masa hadapan anak-anak perempuannya walaupun masa itu sebenarnya berpuluh tahun lagi. Standard la bapak-bapak kan?

Dapat ke sambung kos pilihan dekat universiti…ada ke orang nak kahwin dengan dia?

Lagi besar dugaan…maka lagi besar ganjarannya

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter brotherjambang

Apa Komen Anda?