Bila Kahwin, Jangan Harap Kawan Hadiahkan Barang Kau Nak. Usahalah Beli Sendiri

Bagai sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat, rakan-rakan selalu menghadiahkan sesuatu yang berguna kepada pengantin ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka. Selain untuk meraikan hari bahagia rakan, ia juga sebenarnya boleh meringankan beban si pengantin supaya tidak perlu membazir membeli peralatan rumah memandangkan kebanyakkan hadiah yang diterima adalah barang keperluan seperti periuk, pinggan mangkuk, cadar, dan sebagainya. 

BACA: ‘Untung Isteri..’ – Demi Hadiahkan Gelang Emas, Lelaki Ini Gigih Main Duit Kutu!

Gambar sekadar hiasan

Sebagai kawan, bagilah apa-apa hadiah yang korang mampu

Walaupun perkara ini sudah menjadi satu kebiasaan, namun pengantin tidak sewajarnya meminta kawan-kawan menghadiahkan sesuatu yang diinginkan mereka. Sebaliknya, mereka perlulah belajar untuk lebih menghargai sebarang hadiah yang diterima daripada bersikap ‘meminta-minta’. Perkara ini telah menjadi perhatian seorang individu apabila dia menyuarakan hal itu di Twitter. 

Gambar sekadar hiasan

Apa hadiah yang korang teringin sangat

Perkara itu menjadi tegurannya selepas dia membuat satu undian umum di Twitter tentang hadiah yang paling diinginkan seseorang bila mereka berkahwin satu hari nanti. Hasil undian menunjukkan perkakas elektrik meraih jumlah undian tertinggi daripada tiga kategori yang lain. 

Bijaklah merancang kewangan lepas kahwin

Bagi individu ini, mereka yang baru berkahwin haruslah bijak menguruskan kewangan. Ini kerana duit bukanlah sekadar dikumpulkan untuk melepaskan kos majlis kahwin sahaja kerana hakikatnya kehidupan selepas berkahwin itu lebih banyak memerIukan perbelanjaan. Terutamanya bagi pengantin yang akan berpindah ke rumah sendiri, ketika itulah mereka akan sedar banyak barangan rumah perlu dibeli. Maka, hadiah kahwinlah antara perkara yang dapat meringakan beban mereka dalam situasi seperti ini. 

Gambar sekadar hiasan

Dah kahwin, pandai2lah atur rumahtangga korang

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Afifa

Apa Komen Anda?