Meskipun sudah tidak begitu rancak dalam dunia hiburan yang penuh glamour, namun kehidupan Neelofa Mohd Noor sering mencuri perhatian ramai. Baik mengenai suami atau anak sulungnya, Bilal, saban hari pasti ada kisah-kisah baru tentang keluarga kecil ini termasuklah khabar dia hamil anak kedua.
BACA :Â Tiba Di Langkawi Sambil Dukung Bilal, Imej Humble Neelofa & Suami Raih Pujian
Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump)..Usia kandungan half way to go
Melihat perubahan badan Neelofa sebelum-sebelum ini, ramai netizen syak dia sedang hamil meskipun belum ada pengakuan dibuat. Namun peminat hormat kepada pilihan Lofa jika dia enggan dedahkan lebih awal tentang berita baik itu. Akhirnya sebentar tadi, dia mengesahkan kandungannya sudah memasuki fasa trimester kedua.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Syukur semua doakan saya
Di saat si comel Bilal baru berusia setahun lebih iaitu di bawah kategori bayi, bekas pengacara ‘MeleTOP’ ini akui fasa itu bukanlah mudah. Namun berdasarkan pengalaman kehamilan pertama dulu, kini dia lebih mahir dalam mengatur hal-hal tertentu dan tidaklah kekok seperti pertama kali menjadi ibu.
Tak kisah dapat bayi lelaki atau perempuan…Yang penting sihat
Tidak mengalami sebarang alahan teruk, dia dan suami berkata tidak kisah tentang jantina bayi kedua ini. Asalkan baginya, zuriat berkenaan lahir dalam keadaan sihat dan itulah perkara yang paling penting.
Kredit : Portal Media Hiburan
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura