Family Kesihatan

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Kerajaan telah pun mengumumkan pemberian vaksin bagi golongan kanak-kanak, namun menerima feedback yang kurang memberangsangkan daripada segelintir ibu bapa. Sebelum ini, Datin Elmy Nadia telah menyuarakan bantahannya mengenai isu sama. Kali ini, tiba giliran penyanyi Ayu Damit berkongsi rasa tidak setuju.

BACA : Ayah Tutup Mata 3 Bulan Sebelum, Adik Umur 16 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak

Kesan vaksin pada orang dewasa pun agak kuat sampai demam teruk

Penyanyi berusia 32 tahun itu bersama suami menyatakan kebimbangan mereka terhadap pengambilan vaksin yang mungkin memberi impak kepada antibodi anak-anak mereka. Menurutnya, hatta orang dewasa yang telah mengambil dos berkenaan juga alami pelbagai side effect mengejutkan.


Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Anak sulung kami antibodi lemah…Kalau tak sihat kami paling takut

Jika diikutkan, pasangan suami isteri ini memang enggan anak-anak divaksin. Bagi orang dewasa mungkin tiada masalah kerana ketahanan badan adalah lebih kuat berbanding anak kecil. Zuriat sulung mereka juga memiliki antibodi yang agak lemah, justeru pastinya wujud kerisauan terjadinya masalah kesihatan tertentu.

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin


Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Anak sulung saya masuk sekolah…Pihak sekolah yang daftar vaksinasi untuk murid

Walaubagaimana pun, pemilik lagu ‘Permata’ itu terpaksa akur dengan arahan kerajaan. Anak sulungnya yang sudah berusia 12 tahun harus mengambilnya disebabkan sekolah mewajibkan ke semua pelajar untuk divaksin. Tambahan pula, pihak sekolah sendiri yang mendaftarkan murid untuk divaksinasi.

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin


Sumber : mStar

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bimbang Antibodi Tak Tahan Kesan Sampingan, Ayu Damit Tak Setuju Anak Divaksin

Facebook

Telegram