Bimbang Hati Ayah Terguris, Pemuda Terpaksa Rahsiakan Berita Masuk Islam

Sesungguhnya hidayah itu daripada Allah S.W.T dan boleh datang dalam pelbagai rupa bentuk. Ada yang hadir dengan mudah sekali, namun ada juga yang datang berserta dugaan dan rintangan. Itulah yang dilalui oleh seorang pemuda ini selama tempoh bertahun-tahun sebelum membuat keputusan untuk berhijrah kepada agama Islam. Pengalaman tersebut dikongsi secara esklusif bersama pihak Erin Sakura. 

BACA: [VIDEO] Bekas Pemain JDT, R.Gopinathan Sah Memeluk Agama Islam

Menggunakan nama baru Muhammad Nur Imran

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter yang menerima 6,700 retweets, seorang pemuda yang berasal dari Sarawak telah sah memeluk agama Islam dua hari lepas. Lelaki yang berumur 24 tahun tersebut kini sudah pun menggunakan nama barunya Muhammad Nur Imran Bin Abdullah. Proses penghijrahan itu pula telah dilakukan di sebuah surau sekitar ibu kota.

Advertisement

Terpaksa rahsiakan…bimbang ayah kecewa

Menerusi temubual eksklusif baru-baru ini, pemuda berkenaan bagaimanapun belum mendedahkan lagi tentang peristiwa itu terhadap ahli keluarga lain lebih-lebih lagi bapa kandungnya.  Hal ini kerana Imran bimbang hati ayahnya bakal terguris serta dipinggirkan gara-gara telah menjadi seorang mualaf. Sebaliknya, berita itu cuma diketahui oleh ibunya memandangkan dia tidak mempunyai sebarang isu tentang keputusan tersebut.

Advertisement

Alhamdulillah setakat ini baru ibu sahaja yang tau mengenai ini. Ibu pesan untuk rahsiakan dahulu daripada ayah sebab bimbang dia akan stress atau buat dia malu dengan keluarga besarnya. 

Temui ketenangan waktu diduga & kagum lihat umat Islam tunaikan solat

Keputusan besar ini diambil setelah dirinya menetap di Semenanjung Malaysia untuk mencari peluang pekerjaaan sejak 5 tahun lalu. Memadangkan usianya masih lagi mentah, pemuda tersebut terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan seorang diri. Hari demi hari, perasaannya untuk bergelar saudara baru membuak-buak apabila kagum melihat umat Islam di sekelilingnya menunaikan solat 5 waktu serta mempraktikkan amalan-amalan berkaitan. Sejak itu, hatinya terdetik untuk mendalami agama Islam dan teringin untuk dibimbing dengan lebih baik. 

Advertisement

Sebenarnya macam ni, saya dalam fasa hendak memeluk agama Islam sudah lebih 5 tahun sejak saya berpindah ke semenanjung. Jadi tahun ini saya bertekad dalam hati untuk tidak melepaskan peluang yang Allah bagi.

Advertisement

Sumber: Twitter Imran

Apa Komen Anda?