Bimbing & Bincang Dengan Anak, Biarkan Mereka Memilih Masa Depan Sendiri

Tidak dapat dinafikan ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun begitu, ia tidak bermakna mereka berhak untuk menentukan apa sahaja bagi pihak anak terutamanya dalam soal kerjaya dan masa depan. Sebaik-baiknya anak perlu diberi kebebasan dalam menentukan sendiri perkara-perkara tersebut kerana mereka juga sudah tentu mempunyai minat serta kecenderungan masing-masing.

BACA: Ibu Bapa, Sudah-Sudahlah Bandingkan Result Exam Anak Sendiri Dengan Orang Lain

Kenal pasti minat, kekuatan & kelemahan anak

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @akif_basri telah berkongsi di posting miliknya bahawa dia tidak bersetuju dengan sikap segelintir ibu bapa yang suka menentukan masa depan anak-anak mereka. Tambahnya lagi, parents harus membantu dalam mengenal pasti minat, kekuatan dan kelemahan anak-anak. Berdasarkan 3 perkara itu, berbincanglah dengan anak dan berikan cadangan serta pandangan bagi membantu mereka membuat keputusan.

Advertisement

Kesihatan mental anak terganggu

Lelaki itu juga berkata sekarang ini ibu bapa seringkali memaksa anak-anak untuk mengikut kehendak mereka. Anak langsung tidak diberikan peluang untuk membuat keputusan. Menurut Akif Basri, kesihatan mental anak-anak turut boleh terganggu apabila mereka tidak mampu untuk menuruti apa yang dimahukan oleh ibu dan ayah.   

Gambar sekadar hiasan

Bimbing anak dalam membuat keputusan

Pengguna Twitter ini juga memberitahu di usia remaja, anak-anak tidak akan berani untuk melawan apa yang dimahukan parents. Mereka tidak dapat untuk memperjuangkan diri kerana merasa takut jika tidak diredhai ibu bapa. Akhir sekali, dia amat berharap supaya generasi muda masa kini dibimbing dalam membuat keputusan yang terbaik.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter akif_basri

Apa Komen Anda?