Viral

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin

Sharing is caring!

Berkali-kali digunakan ketika memasak, mesti isteri di rumah naik pening melihat ‘bontot’ kuali atau periuk yang semakin hitam. Lapisan kerak yang semakin tebal bukan sahaja boleh menyakitkan mata, malahan membuatkan golongan mak-mak mahu membuangnya. Tapi, kenapa nak buang duit beli perkakas baru kalau anda boleh bersihkan sendiri?

BACA : Dulu Pernah Failed Buat Cheesecake, Pemuda Bongkar Tips Dapatkan Tekstur Cantik

Bini tak keruan bontot kuali hitam berkerak..

Memang betul kerja menyental dan mengikis bontot kuali dan periuk tidaklah semudah yang disangka. Ada kalanya sudah berjam-jam menyental tetapi tetap jua kesan hangus tak hilang. Bukan itu sahaja, tangan pula sampai naik lenguh. Ekoran itu, seorang wanita bernama Kila Aurora tampil berkongsi beberapa petua hilangkan kerak kuali dengan hanya menggunakan beberapa bahan semulajadi menerusi satu posting di Facebooknya.

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin
Gambar Sekadar Hiasan

Dengan hanya menggunakan baking soda..

Menurut Kila, baking soda sememangnya diperakui mempunyai banyak kelebihan dalam mencuci dan menghilangkan kotoran. Untuk menanggalkan kerak degil pada bontot kuali, dia menggunakan baking soda dan dicampurkan dengan dua biji lemon ke dalam satu bekas yang telah dipanaskan. Kemudian biar sehingga ia mendidih sebelum rendamkan antara 2 hingga 3 jam bahagian bontot periuk dan kuali tersebut.

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin
Kredit Foto : Kila Aurora

Sental dengan sabun mandi menggunakan berus keluli

Kongsinya lagi, sebaik sahaja selesai merendam perkakas tersebut apa yang anda perlu lakukan adalah bilas dengan air dan bolehlah sental dengan menggunakan sabun mandi. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi kepada empat bahagian kemudian sentalkan pada bahagian periuk atau kuali yang berkerak menggunakan berus keluli. Tegasnya. kaedah ini ternyata sangat berkesan untuk memudahkan kerja menyental.

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin
Kredit Foto : Kila Aurora

Bini Tak Keruan ‘Bontot’ Kuali Berkerak, Ini Cara Mudah Nak Sental Sampai Licin
Kredit Foto : Kila Aurora

Sumber : Facebook Kila Aurora

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!