Biru Atau Putih Di Luar? Ramai Masih Keliru Fungsi & Cara Betul Pakai Mask

Baru-baru ini kita dihebohkan dengan influenza A yang semakin menular di negara kita. Belum sempat masalah itu dapat diatasi, dunia dikejutkan pula dengan virus baru Koronavirus yang berpunca dari Wuhan, China. Dalam usaha bagi mengelakkan kedua-dua wabak ini, orang ramai telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka. Namun begitu, masih ada kelompok masyarakat tidak tahu tentang cara betul pemakaian alat ini.

BACA: Satu Family Dijangkiti Influenza, Mawar Rashid Lega Anak Makin Pulih

Biasanya digunakan pegawai kesihatan

Gambar sekadar hiasan

Berdasarkan satu perkongsian yang pernah dimuat naik pengguna Facebook bernama Bel Nawhen, topeng muka yang selalu digunakan ini dipanggil Surgical Mask. Ia biasanya digunakan oleh pegawai kesihatan untuk melindungi diri mereka dari terdedah daripada sebarang jangkitan ketika merawat orang ramai.

Advertisement

Topeng muka bersifat hydrophobic & hydrophilic

Menurut wanita itu, lapisan luar pada topeng muka tersebut bersifat hydrophobic di mana ia tidak dapat menyerap air. Manakala lapisan dalamnya pula mempunyai sifat hydrophilic untuk menyerap wap air yang keluar dari paru-paru. Fungsi warna biru atau hijau pada lapisan luar mask itu adalah untuk mengelakkan persinggahan kuman. Dia juga berkata jika ia dipakai secara terbalik, maka mudahlah untuk mikroorganisma dan kuman memasuki badan.

Mask dipakai untuk elak kuman keluar masuk badan

Gambar sekadar hiasan

Bel Nawhen juga memberitahu bahawa mask ini fungsinya untuk mengelakkan kuman yang sedia ada daripada keluar dan untuk menghalang kemasukan kuman dari luar. Dia juga berkata, topeng jenis ini tidak boleh digunakan untuk menapis partikel mikroorganisma seperti influenza. Sebaiknya, orang ramai dinasihati untuk menggunakan topeng muka N95.

Advertisement

Cara pemakaian yang betul

Gambar sekadar hiasan

Di perkongsian itu juga, wanita tersebut menyatakan tentang pemakaian mask itu dengan betul. Dia memberitahu topeng muka tersebut hendaklah dipakai menutupi hidung dan mulut. Malahan, dia juga menegaskan surgical mask ini jenis hanya boleh digunakan sekali sahaja. Bel Nawhen turut berpesan agar memastikan tangan dicuci sebelum dan selepas menyentuh topeng tersebut.

Sumber: Facebook Bel Nawhen

Advertisement

Apa Komen Anda?