‘Bloopers’ Lagi! Giliran Izzue IsIam Pula Baca Berita, Kali Ini Guna Lirik Lagu

Sejak April lalu, program berita yang dikenali sebagai Komuniti Awani dilihat semakin rancak dengan penampilan selebriti-selebriti di tanah air menjadi penyampai berita. Ternyata, cabaran itu bukanlah mudah walaupun mereka sudah biasa beraksi di hadapan televisyen. Jika sebelum ini, ramai selebriti seperti Stacy, Zizan Razak dan Sufian Suhaimi sempat berkongsi video di sebalik tabir rancangan tersebut, kini bekas ahli kumpulan Forteen, Izzue IsIam pula menyusul.

Baca: Hadoi, Gelak Tak Boleh Stop – Aksi Spontan Isteri Masuk Kereta Buat Izzue Cuak

“Jap, saya fikir jap”

Advertisement

Terbaharu, selebiti berkenaan telah memuat naik sendiri video ‘bloopers‘ semasa penggambaran rancangan Komuniti Awani di ruangan Instagram miliknya. Video yang berdurasi lebih seminit itu sangat lucu melihatkan gelagat spontan penyanyi itu ketika dia terlupa skrip dan tersasul, hingga krew di studio juga tidak tahan ketawa dibuatnya! Dah lupa skrip, nak cover pula.

Advertisement

Manager dah marah

Menariknya lagi, kelibat pengurus yakni isterinya yang marah pada pertengahan video turut menggamatkan kelucuan. Reaksi izzue yang terkejut setelah itu menambahkan lagi keseronokan menonton. 

Advertisement

Lawaklah guna lirik lagu

Tambah menggeletek hati lagi adalah apabila penyanyi itu sempat melakukan promosi lagu terbaharunya berjudul Bimbang pada beberapa saat terakhir rancangan tersebut dengan aksi ‘savage’ sebagai penyudah dengan begitu sempoi. Netizen yang terdiri daripada pengikutnya di Instagram rata-ratanya terhibur dengan gelagat pelakon Mat Tudung ini. Video tersebut telah tular sejak semalam sehingga mendapat lebih 13 ribu sukaan setakat ini.

Advertisement

Sumber: IG Izzue IsIam

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?