Filem Thailand ‘Crazy Little Thing Called Love’ yang diterbitkan pada tahun 2010 diakui membuatkan nama pelakon utamanya, Baifern Pimchanok terus dikenali termasuklah di kalangan peminat Malaysia. Selain lakonan hebat, kecantikan yang dimiliki oleh aktres berusia 30 tahun ini cukup mempesona ramai.
BACA : Netizen Terpesona Lihat Wajah Zamarul Hisham Zaman Muda, Makin Tua Makin Kacak
Pernah berlakon sama-sama pada 2019, kini sah bercinta
Pada 2019 pula, Baifern telah digandingkan dengan aktor kacak bernama Nine Naphat menerusi filem ‘Friendzone’. Walaupun segala urusan penggambaran sudah habis, katanya mereka sentiasa berhubung selama 4 tahun sehingga cinta mula berputik. Hubungan itu kemudiannya dihidu setelah kedua-duanya memuat naik gambar percutian ke Milan September lalu.
“Selepas balik dari Milan, saya terfikir & sedar persahabatan kami ni istimewa. Tiada gantinya dalam dunia. Saya nak dia ada dalam hidup saya. Jadi, saya kena luahkan perasaan sebenar” – Nine Naphat
Nine luahkan perasaan cinta kepada Baifern melalui telefon
Sebelum mendedahkan hubungan kepada pihak media, Nine telah meminta izin terlebih dahulu daripada Baifern. Hadir ke sebuah acara tayangan perdana, aktres ini turut ditanyakan soalan “Adakah awak dah buka hati untuk Nine?”. Tanpa menunggu lama, dia mengangguk dengan wajah blushing sekali gus mengesahkan percintaan tersebut.
@elleanayhya2 LATEST NEWS🆕 Reporters: Do you open your heart for Nine? >>> Baifern : Uhumm (noded) 🙈❤️💗✨ yayy! Bukan friendzone ye semuaaaaaa! Fern ckp dia akan bagitahu Nine sendiri isi hati diaa #baifern #baifernbah #baifernpimchanok #ninenaphat #ninebaifern #ch3thailand #thaidrama #dramathailand #foryou #foryoupage
Sesuai betul ek diaorang, sama cantik sama padan…Kahwin jela terus, senang
Bukan sahaja orang tempatan, malahan netizen Malaysia juga melting dengan berita ini. Oleh kerana masing-masingnya merupakan artis yang sangat terkenal di Thailand, pengakuan jujur mereka cukup mengujakan peminat.
Kredit : TikTok elleanayhya2, Twitter Fentaniyl
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
