Boleh Ke Bagi Tukang Lapah Upah Daging Sembelihan? Ikuti Coretan PU Azman Ini

Musim raya Aidiladha ini tentu ramai yang turun padang untuk membuat k0rban. Entah berapa banyak lembu yang disembelih, tetapi yang seronoknya adalah apabila semua penduduk kampung atau bandar sama-sama menolong melapah daging. Selalunya, orang yang paling beruntung dalam hal ini adalah tukang lapah kerana ramai yang bermurah hati memberi upah dengan daging yang disembelih. Namun, apakah hukum sebenar tentang perkara ini? 

BACA: Boleh Tercemar Kalau Tak Simpan Daging Elok2! Cegahnya Ikut 4 Tips Penting Ini

PU Azman merupakan seorang pendakwah bebas yang sering menjawab persoalan tentang agama di Instagram miliknya. Terbaharu, dia juga mengulas tentang hal ini apabila berlaku kekeliruan mengenai pemberian upah kepada tukang lapah berbentuk daging hasil k0rban yang dia sendiri lakukan. Katanya, tukang lapah sememangnya perlu diberikan upah tetapi agama melarang memberikan upah daripada daging yang dilapahnya. 

Gambar sekadar hiasan

Tambahnya, jika penyembelih dengan rela hati mengambil daging tersebut dengan anggaran yang sesuai dengan kerja yang dilakukan bermaksud dia juga telah melakukan dosa. Beliau juga telah berkongsi hadis yang kukuh untuk menguatkan lagi hujahnya. 

Bergantung pada niat 

Perlu kita faham yang agama bukan melarang memberi daging k0rban kepada penyembelih tetapi ada konteks niat yang perlu difahami. Ini kerana tukang k0rban masih boleh memberi daging kepada penyembelih atau tukang lapah tetapi bukan atas niat memberi upah kepadanya. Sebaliknya, kita dibenarkan memberi daging tersebut dengan niat seseorang itu fakir miskin atau orang biasa yang layak menerima sedekah k0rban.

Sumber: IG PU Azman

Apa Komen Anda?