Boleh Tercemar Kalau Tak Simpan Daging Elok2! Cegahnya Ikut 4 Tips Penting Ini

Memandangkan Hari Raya Haji atau Aidiladha semakin dekat, pasti ramai yang risau mengalami situasi di mana peti ais akan penuh dengan agihan daging yang diberikan oleh jiran dan ahli keluarga kan? Namun, tidak ramai yang tahu cara penyimpanan daging yang betul supaya kekal segar dan tahan lama. Jadi jom kita ikuti 4 tips penting ni, supaya daging tidak busuk sehingga dimasak.

BACA : Lauk Buka Cuma Terung, Kentang, Daging Burger.. Tapi Harga Cecah Sampai Beratus

 

Gambar sekadar hiasan

 

 1. Jangan cuci daging sebelum disimpan

Mencuci daging sebelum simpan, bermungkinan kuman-kuman akan tertinggal di dalam daging dan boleh mengurangkan kualiti pada daging tersebut. Daging hendaklah dicuci ketika mahu dimasak sahaja.

 2. Jangan simpan dalam kuantiti yang banyak di dalam satu bekas

Sebelum menyimpan daging di dalam peti ais atau tempat sejuk beku, janganlah simpan dalam 2-4 kg sekali gus. Sebaiknya, memotong daging berukuruan kecil dan menyimpan dengan menggunakan bekas makanan atau plastik-plastik kecil dari 1/2 sehingga 1 kg. Jika hendak memasak, bolehlah mengambil satu plastik sahaja, yang lain bole disimpan. Daging yang disimpan berkemungkinan bertahan selama setahun.

Gambar sekadar hiasan

 3. Elak masukkan terus daging ke bahagian sejuk beku

Tidak seharusnya menyimpan daging dalam ruang sejuk beku terlebih dahulu. Seharusnya menyimpan di bahagian peti ais ruangan biasa selama 4 sehingga 5 jam selepas itu barulah  pindahkan ke ruangan sejuk beku.

Gambar sekadar hiasan

 4. Jangan rendam daging beku dengan menggunakan air panas

Ketika mahu memasak daging, jangan merendam daging beku menggunakan air panas. Sebaiknya bilaslah dengan air yang bersuhu normal dulu dan berada dalam keadaan berbungkus dengan plastik. Selepas daging menjadi empuk, barulah membuka plastik dan membilasnya dengan bersih, serta daging tersebut tersedia untuk dimasak.

Tips tambahan

Antara menjadi kebiasaan masyarakat kita adalah meyimpan daging di dalam plastik berwarna hitam kerana plastik hitam. Namun amalan itu juga mengundang risiko kerana ianya terhasil daripada bahan dikitar semula.  Sebaiknya gunalah plastik lut-sinar ataupun bekas yang tertutup. Jika menyimpannya di dalam plastik, hendaklah membalut plastik itu dengan kemas supaya tidak mudah untuk dicemari oleh kuman-kuman yang terdapat di dalam peti sejuk.

Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : FB Fadhlee Fitri Abu Bakar

Apa Komen Anda?