Hiburan Viral

Bonda Minta Sambung Lagu Tapi Tak Tahu Lirik, Adibah Noor Buat Ramai Tergelak

Bonda Minta Sambung Lagu Tapi Tak Tahu Lirik, Adibah Noor Buat Ramai Tergelak

Dalam ‘Gegar Vaganza Musim 8’ semalam (GV8), Adibah Noor sekali lagi ditanya mengenai keputusannya menyertai pertandingan ini. Menurutnya, orang lebih mengenali dirinya sebagai pelakon walaupun dia bermula dalam industri ini dengan kerja menyanyi. Rindu membuat persembahan secara live menjadi satu daripada sebab utamanya muncul di pentas berprestij berkenaan.


BACA: Nyanyian Lunak Di Konsert Pembukaan, Adibah Noor Dijangka Bakal Jadi Juara GV8

Masalahnya Kak Dib buat kami rasa macam kat Istana Budaya

Malam tadi, Adibah Noor telah mendendangkan lagu Terlalu Istimewa yang dahulu ditulis sendiri olehnya. Tidak dinafikan, penyampaian penyanyi serta pelakon wanita ini mampu menaikkan bulu roma para penonton yang melihat.


Kita boleh dengar yang mula-mula tu…Standard yang awak nyanyi ni bukan awak

Tiba sesi pemberian komen oleh barisan juri, Dato’ Ramli M.S atau Tok Ram mendapati nyanyian wanita tersebut agak tiada consistency. Beralih kepada Bonda Hetty pula, dia menasihati penyanyi berkenaan untuk tidak mensia-siakan rmuzik dengan hanya berdiri tegak sahaja. Pada ketika itu juga, netizen terhibur tatkala Adibah Noor kelihatan clueless ketika Hetty memintanya menyanyikan lagu ‘All I Ask’ nyanyian Adele kerana tidak tahu liriknya.


Saya okay je sebelum my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban…So sorry

Rentetan daripada persembahan yang dirasakan kurang memuaskan, Adibah Noor menyatakan permohonan maaf di akaun Twitter miliknya. Dia sendiri mengaku bahawa perasaan nervous itu mula datang padanya sebaik sahaja dia naik ke pentas. Di kesempatan itu juga, wanita ini sempat berjanji kepada peminatnya untuk melakukan persembahan terbaik pada episod akan datang.

Bonda Minta Sambung Lagu Tapi Tak Tahu Lirik, Adibah Noor Buat Ramai Tergelak

Sumber: Youtube Xtra Vaganza, Instagram Astro Gempak & Twitter ADIBAH NOOR

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bonda Minta Sambung Lagu Tapi Tak Tahu Lirik, Adibah Noor Buat Ramai Tergelak

Facebook

Telegram