Viral Tips

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Selepas diumumkan rakyat sudah boleh bercuti ke semua tempat dalam Malaysia, pemilik premis pelancongan antara pihak yang paling seronok bila perniagaan mereka dapat beroperasi semula. Jika dulunya sepi, kini tiap minggu pasti tempat penginapan sentiasa penuh dengan tempahan pelancong. Namun ada pula perkara tidak diingini berlaku seperti kisah di bawah.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Allahuakbar, tingkap terbuka macam ni…Aku nak buat apa sekarang ni?

Tular sebuah video dari akaun TikTok @zyhafaroshaa selepas dia menyatakan rasa kesalnya tatkala melihat keadaan rumah inap amat bersepah selepas ditinggalkan oleh penyewa. Seperti dapat dilihat, setiap ruang pasti ada saja barang-barang tidak dikemas. Lebih mengejutkan lagi apabila dia melihat tilam sepatutnya berada di atas sebuah katil sudah tiada lagi.

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Penat ya ada guest macam ni…Book untuk seorang, yang datang 3 kereta

Menurut Zyha, dari awal lagi tetamu berkenaan menempah homestay itu untuk seorang sahaja. Tetapi tidak disangka-sangka ada 3 buah kereta lain yang turut sampai untuk menginap. Melihat keadaan rumah sebegitu rupa, wanita ini hanya mampu mengucap mengenangkan masa dan tenaga yang perlu digunakan untuk mengemas semula rumah tersebut.

@zyhafaroshaa

Penat ye bila dapat guest macam ni. Book untuk seorang, yang datang 3 kereta. Memang aku basuh aje terus rumah tu lepas tu #staycation #kuis #foryou

♬ original sound – Zyha Rosli – Zyhafarosha

Akak, homestay nenek saya guest siap ambil langsir…Letak je cleaning fee yang berpatutan

Sejak dikongsikan semalam, video ini meraih hampir 170 ribu jumlah tontonan serta dibanjiri dengan 1000 lebih respon daripada pengguna TikTok lain. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan agar pemilik premis mengenakan cleaning fee atau deposit kepada penyewa. Ada juga yang berkongsikan pengalaman terkena benda sama malah jauh lebih teruk.

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Kredit: TikTok zyhafaroshaa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Booking Seorang Tapi Yang Sampai 3 Kereta, Terkejut Homestay Ditinggal Bersepah

Facebook

Telegram