Viral Cinta

Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan

Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan

Bagi setiap couple, kepercayaan itu adalah antara perkara penting bagi mengukuhkan hubungan percintaan mereka. Walau bagaimanapun, kadangkala ada juga pihak seakan mensia-siakan dan memandang remeh terhadap kepercayaan yang terbina sehingga boleh menimbulkan keraguan. Sebagai langkah berjaga-jaga, wanita ini menggunakan teknik mengintip yang sangat unik sehingga berjaya ‘kantoikan’ teman lelakinya.

BACA: Diusik Cinta Berputik Kembali Dengan Hans Isaac, Neelofa Tampil Beri Penjelasan

Selit cermin celah jari kaki, boyfriend selamba scroll gambar perempuan lain dalam diam

Menerusi aplikasi TikTok, Luciana Jimenez menyelit cermin di celah jari kaki secara senyap untuk mengintip teman lelakinya ketika mereka sedang bersantai atas katil. Melalui pantulan cermin bulat terbabit, Luciana mendapati teman lelakinya sedang syok melihat gambar perempuan lain di Instagram. Apabila ditanyakan, lelaki ini didapati cepat-cepat menukar tab dan kononnya sedang melihat gambar kereta pula. Geram dengan penipuan itu, wanita tersebut ‘menghadiahkan’ penyepak kepada teman lelakinya.

@lucianajn1014

Síganme para más consejos 😂😈 @renzougarte8 #esecompayaestamuerto #comedia #fyp #foryoupage #xyzbca #boyfriend #foryou #humor

♬ sonido original – soyabner

Hati-hati wahai lelaki, para wanita boleh jadi lebih hebat daripada Detective Conan

Selain terhibur dengan video berkenaan, ramai juga netizen yang memuji kepantasan dan kecerdikan Luciana kerana menggunakan teknik cermin itu. Ada juga antara mereka yang setuju dengan tindakan wanita berkenaan untuk mengintip. Video berdurasi kurang dari seminit itu mendapat lebih 900 ribu tontonan di aplikasi berkenaan setakat ini.


Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan

Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan


Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan

Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan


Sumber: TikTok Luciana Jimenez

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Awek Guna Helah Selit Cermin Di Kaki, Lelaki Disepak Kantoi Belek IG Perempuan

Facebook

Telegram