Bridesmaid Geram Cakar Pengantin Lelaki? Isteri Dedah Kisah Sebalik Photoshoot

Zaman sekarang ini, kehadiran gadis-gadis pengapit atau bridesmaids sewaktu majlis perkahwinan sudah menjadi trend yang biasa dalam masyarakat kita adalah perkara biasa buat saya. Ada yang daripada bilangan hanya 2 orang sehinggalah seramai team bola sepak di pelamin. Namun baru-baru ini kecoh lagi di laman sosial apabila pengantin dikatakan tenggelam dengan kehadiran 6 orang gadis pengapit yang sepatutnya memeriahkan suasana tersebut dan membantu melancarkan lagi majlis.

BACA: Tak Sempat Buat Outdoor, Photoshoot Pengantin Dalam Kereta Ini Gempak Habis!

Tidak cukup dengan itu, ada juga satu foto berkumpulan mereka menjadi viral kerana memaparkan aksi yang dianggap agak nakal atau keterlaluan. Jika diperhatikan dengan betul salah seorang bridesmaids itu dilihat seperti mahu mencakar pengantin lelaki sambil dipandang serong oleh isterinya.

Selepas menerima banyak komen negatif netizen khususnya di laman Twitter, para bridesmaids tersebut telah terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar. Mereka tidak berniat langsung untuk menenggelamkan busana yang ditampilkan oleh kedua-dua mempelai, kerana pakaian mereka asalnya adalah warna dark blue. Tapi penampilan mereka nampak sedikit terang gara-gara effect kamera yang digunapakai oleh jurufoto ketika itu.

Bridesmaids tak tenggelamkan bride pun. Baju kami warna dark blue, bukan royal blue. Biasalah camera effect. Ke korang yang kecam² ni tak pernah photoshoot? Alahai kesian..

Kalau tengok gambar…mereka sebenarnya tak pegang apa-apa pun

Dalam pada itu, pengantin perempuan tersebut iaitu Fatin Nabila Mohd Saleh memberitahu kepada portal mStar bahawa kesemua bridesmaids itu adalah rakan karibnya sejak 10 tahun lalu ketika menuntut di SMK Subang Jaya, Selangor. Tegasnya lagi kesemua aksi yang ditampilkan dalam kompilasi foto tersebut adalah sekadar suka-suka sahaja tapi dalam masa yang sama mahu nampak lain daripada posing biasa di majlis perkahwinan.

Saya buat mimik muka geram tu sebab bergurau dengan kawan-kawan saja..

Bukannya mereka nak ngorat suami pun…saya lebih kenal masing-masing macam mana

Tidak terlalu memikirkan segala komen dilemparkan oleh netizen kerana mereka tidak tahu kisah sebenar, wanita yang mesra disapa dengan nama Bella ini turut menyifatkan kesemua foto itu sebagai salah satu cebisan kenangan bersempena hari istimewa di samping suaminya, Mohamad Azroul Abdul Aziz, 28 pada 21 Julai lalu di Bagan Datuk, Perak. Dalam pada itu, mereka semua turut menunjukkan tanda puas hati dengan hasil kerja jurufoto Fitrin Ruslee sepanjang majlis tersebut.

Sumber: Twitter, FB fitrinruslee & mStar

Apa Komen Anda?