Bro Penat Single? Cuba 7 Tips Jadi Kacak Buat Wanita Sangkut, No 6 Paling Win!

Jika dahulu, penampilan bukanlah kriteria utama yang dipandang oleh seseorang perempuan untuk memilih teman hidup. Kini, kenyataan itu bolehlah diselidiki semula kerana rata-rata perempuan sekarang lebih subjektif dan mahukan teman hidup yang sempurna segala sudut. Rugilah seorang lelaki yang ‘noob’  tentang penampilan kerana dia bakal melepas ramai gadis-gadis cantik di depan mata. Oleh itu, cara penjagaan diri seseorang lelaki itu akan membezakan anda dengan lelaki lain. 

BACA: [VIDEO] Senget Laki Bini – Netizen Terhibur Gelagat Shuib Layan Giler Bini

Gambar sekadar hiasan

Anda banyak duit, mempunyai aset atau pakai baju berjenama bukanlah tiket untuk buat perempuan terpikat kepada anda. Oleh itu, lelaki perlu memastikan penampilan mereka sentiasa terjaga. Hal ini kerana, impresi pertama perempuan terhadap lelaki amatlah penting. Nak sembang panjang lebar pun tak ada guna, ikuti perkongsian buat anda nampak lebih kacak. 

Guna set penjagaan wajah dan kulit

Pada zaman sekarang, semua lelaki rata-ratanya sudah pandai untuk menggunakan set penjagaan wajah dan kulit . Jika dahulu mungkin ramai lelaki yang kolot dan cuba mensalah tafsir perkara sebegini bertentangan dengan konteks gender. Namun, lelaki mestilah lebih terbuka sekarang. jangan pula gunakan sabun untuk mencuci wajah. 

Gambar sekadar hiasan

Kemaskan bulu hidung, telinga dan kening

Tengah sibuk berbual, tiba-tiba ada pula bulu yang tidak sepatutnya muncul pada wajah. Hal ini akan menjadi sesuatu yang buatkan perempuan tidak suka. Jadi, luangkanlah sedikit masa untuk memperbaiki penampilan anda dan uruskan segala bulu di anggota badan tertentu. 

Kebersihan Gigi

Senyuman yang memikat datangnya daripada gigi yang putih dan tersusun cantik. Oleh itu, lelaki mestilah peka dengan keadaan gigi anda. Pastikan anda memberus gigi dengan betul dan flos gigi selepas makan. 

Bersenam dan diet

Lelaki juga perlu memastikan mereka mempunyai badan yang sihat dan tubuh badan yang ideal. Caranya, makanlah makanan yang sihat dan rajinkanlah diri untuk beriadah dan bersenam. 

Gaya rambut

Potongan rambut pada seorang lelaki ialah aset. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan bentuk muka. Bukan itu sahaja, pastikan juga tahu cara menjaga rambut.

Gambar sekadar hiasan

Kuku jangan abaikan

Kebanyakan golongan lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki. Awas, disinilah tempat kuman menyorokkan diri. 

Kedutan sekitar mata

Lelaki mudah mendapat kedutan dan lingkaran gelap bawah mata. Jika lelaki dapat mencegah perkara ini dengan memakai krim yang sesuai atau menjaga kualiti tidur dengan baik, pastinya anda akan kelihatan lebih kacak. Pada masa yang sama, anda juga boleh berkongsi masalah bawah mata anda bersama orang yang tersayang. Mana tahu anda boleh mendapat solusi yang terbaik untuk masalah ini.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Maskulin

Apa Komen Anda?