Viral Isu Semasa

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari berlakunya masalah pembuangan bayi. Isu ini boleh berlaku mungkin kerana ibu bapa terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak yang semakin terjurus dalam dosa. Kali ini bagaikan mengulangi tragedi lepas, janin bayi lelaki pula ditemukan.

BACA: Konon Baru Datang Haid, Remaja 16 Tahun Tergamak Campak Bayi Dari Tingkat 2

Ditemui terapung dalam loji pembentung oleh seorang pekerja

Memetik laporan Sinar Harian, janin tersebut dijumpai terapung dalam sebuah loji sebuah syarikat pembentungan dan pengurusan sisa kumbahan di Damansara Damai. Jasad kecil itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, pihaknya menerima laporan terbabit sekitar jam 3:15 petang dan mereka mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan janin terbabit.

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Dihantar ke pusat perubatan untuk pemeriksaan selanjutnya

Jasad kecil itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan bahawa janin cukup sifat terbabit telah dihantarkan ke pusat perubatan Sungai Buloh untuk mengenal pasti usia serta punca kematiannya.

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Dah lama tak dengar isu buang bayi, entah kenapa kebelakangan ni makin banyak pula

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan dan bimbang dengan isu ini. Menurut mereka, masalah buang ini sudah lama tidak didengari tetapi semakin menjadi-jadi pula sepanjang tempoh PKPP ini.

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Sumber: FB Sinar Harian

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Buang Bayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Facebook

Telegram