Cinta Isu Semasa

Buang Cincin Berlian Dalam Sungai, Kisah Cinta Ismail Izzani & Shalma Berakhir

Buang Cincin Berlian Dalam Sungai, Kisah Cinta Ismail Izzani & Shalma Berakhir

Kisah percintaan antara penyanyi muda, Ismail Izzani bersama Shalma Eliana sebelumya memang sudah diketahui umum. Walau bagaimanapun baru-baru ini, pengakhiran bagi hubungan cinta mereka tidak seindah seperti yang disangkakan apabila dikhabarkan terhanti di tengah jalan.

BACA : One In A Million- Wanita Beri Kejutan Melamar Lelaki, Siap Sarungkan Cincin

Kitorang choose our own path…We are still friendĀ 

Penyanyi popular yang lebih mesra disapa Mael itu dengan sendirinya mengesahkan berita kurang gembira tersebut. Menerusi sesi interview bersama Melodi pada Ahad lepas, pendedahan dibuat apabila dia dan Shalma menyatakan kata sepakat untuk membawa haluan masing-masing. Namun jelasnya, mereka masih tetap berkawan.

Buang Cincin Berlian Dalam Sungai, Kisah Cinta Ismail Izzani & Shalma Berakhir Masa tengah mandi sungai, saya cakap let’s just throw this ringĀ 

Umum mengetahui sebelum ini, Mael pernah menghadiahkan bekas teman wanitanya itu sebentuk cincin berlian. Ketika ditanya apa yang terjadi pada perhiasan tersebut, pelantun lagu Bidadari itu mendedahkan sudah pun membuangnya ke dalam sungai. Ia berlaku ketika mereka pergi berkhemah bersama dengan rakan-rakan yang lain.


Buang Cincin Berlian Dalam Sungai, Kisah Cinta Ismail Izzani & Shalma Berakhir

Untuk sekarang tak…Selagi tak bersedia, saya tak akan kembali dekat dia

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi popular sewaktu era 1980-an iaitu Datin Suliza Salam mengakui masih menyayangi bekas teman wanitanya. Namun di situ sahaja takdir jodoh mereka, dia menegaskan enggan lagi menyakitkan perasaan sesiapa.


Sumber : Youtube TV9MALAYSIA Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Buang Cincin Berlian Dalam Sungai, Kisah Cinta Ismail Izzani & Shalma Berakhir

Facebook

Telegram