Buang Lampin ‘Full’ Atas Pinggan, Tetamu Kenduri Paling Biadap Ini Dikecam!

Sepanjang cuti am bersempena tarikh Merdeka dan Tahun Baru Hijrah pada hujung minggu lalu, pasti ramai yang mengambil kesempatan itu untuk hadir ke majlis perkahwinan atau pertunangan ahli keluarga atau sahabat handai masing-masing kan? Walau apa pun pangkat yang dipegang di dunia ini, kita seharusnya menjaga tatasusila selaku seorang tetamu demi menunjukkan rasa hormat kepada pengantin yang diraikan dalam majlis mereka.

BACA: “Dah Majlis Ke? Tak Ajak Pun&” – Wanita Tegur Sikap Orang Bila Tak Dapat Jemputan

Tetamu paling b*doh dalam Malaysia..

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter telah meluahkan rasa bengang terhadap sikap sesetengah tetamu yang tidak tahu menjaga adab apabila hadir ke majlis sedemikian. Mana taknya, ada pihak sengaja membiarkan lampin yang telah penuh dengan najis ke atas pinggan begitu sahaja.

Kenduri dalam dewan…nasib baik tak semerbak je bau dia

Rasa otak dia letak dalam pampers kot…alang-alang kan

Ternyata posting oleh pemilik akaun yang menggunakan nama Faqihuddin ini telah menjadi bualan ramai sehingga meraih lebih 6 ribu retweets sejak dimuatnaik pada 31 Ogos lalu. Meskipun ada yang berseloroh mengenainya, namun rata-rata mereka amat terkilan dengan tindakan biadap tetamu tersebut. Menurut mereka, situasi yang lebih kurang sama juga sering berlaku di kebanyakkan premis makanan. Malahan, ada juga yang mencadangkan solusi seperti membeli alat membuang lampin mudah alih seperti ini kepada para ibu bapa di luar sana.

Sumber: Twitter Faqihh_94

Apa Komen Anda?