Buat Baby Shower Sorang-Sorang, Status Hubungan Nelissa & Ammar Alfian Terjawab

Siapa yang mahu hubungan cinta yang dibina setelah sekian lama terhenti di pertengahan jalan? Hakikat sebegini sememangnya sukar diterima namun itulah khabar angin yang didengar mengenai hubungan Ammar Alfian dan isterinya yang kini berantakan. Terdahulu isteri Ammar, Nelissa mengakui akan keretakan tersebut menerusi posting di media sosial dan kini sekali lagi wanita itu mendedahkan status hubungan mereka. 

Baca: Ammar Alfian Nafikan Main Kayu Tiga, Tapi Isteri Pula Mahu Pecahkan Tembelang?

Tidak lagi tinggal sebumbung tapi..

Menerusi portal Gempak, Nelissa memberitahu bahawa dia dan suami tidak lagi tinggal sebumbung tetapi masih dalam status suami isteri. Nelissa yang ditemui semasa Anugerah Stail EH! 2019 berkata semua orang pasti tahu situasi genting yang sedang melanda mereka kedua.

Walau bagaimanapun, isteri kepada pelakon Paskal ini enggan ambil pusing dengan perkara tersebut tetapi lebih memfokuskan kandungan bayi yang hampir mencecah hari kelahiran. Tambahnya, dia berasa sangat teruja dengan kelahiran bayi sulung mereka itu. Dia juga sudah membuat persiapan yang rapi bagi menyambut kelahiran bayi tersebut termasuk mengadakan majlis baby shower minggu lalu.

Bertanyakan keberadaan Ammar Alfian semasa majlis baby shower tersebut, dia menjawab bahawa suaminya itu kini berada di Barcelona, Sepanyol. Difahamkan mereka juga akan menyelesaikan konflik yang melanda ini selepas kelahiran baby sulung mereka. Kesimpulannya, Nelissa dan Ammar kini tidak lagi tinggal bersama namun masih bergelar suami isteri. Apa kata kita layan dulu gambar sekitar majlis baby shower yang diadakan Nelissa baru-baru ini. 

Sumber: Gempak

Apa Komen Anda?