Buat Buat Busy & Sering Marah Di Tempat Kerja? Anda Mungkin Penghidap Burnout!

Tekanan di tempat kerja adalah satu lumrah yang tidak dapat dibendung apalagi jika persekitaran itu menuntut kita untuk mengerah fizikal dan mental pada tahap yang maksimum. Bagaimanapun, tekanan yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada produktiviti kerja seterusnya organisasi. Ramai yang mungkin anggap ringan perkara ini, tetapi jika kita mula mengalami simptom-simptom yang tidak sepatutnya di tempat kerja, kita sebenarnya sudah menghadapi ‘Burnout’.

 

BACA: Dah Tak Dapat Kerja, Dibalas Makian Pula – Wanita Dedah Perangai Budak Sekarang

Sesekali kita mungkin pernah merasa tidak seronok setiap kali bangun pagi untuk ke tempat kerja, atau kerap mengambil cuti tahunan, jika benar maka berhati-hatilah. Burnout sebenarnya adalah keadaan emosi, mental dan fizikal kita sudah letih dek beberapa faktor bekerja. Ini adalah tanda anda terkena ‘Burnout’. 

Gambar sekadar hiasan

Beban kerja banyak

Tanggungjawab kerja yang terlalu banyak boleh memberi kesan kepada emosi dan fizikal seseorang. Tambahan pula, jika bebanan itu ditanggung sendirian tanpa sokongan pekerja dan majikan.

Gambar sekadar hiasan

Tidak cukup tidur

Kekurangan tidur adalah antara punca burnout. Lebih teruk lagi, jika anda pernah beberapa kali tukar posisi tidur dan sebagainya tapi tetap tak boleh tidur. 

Gambar sekadar hiasan

Kesihatan tak menentu

Keadaan dimana anda sering berasa tak selesa badan dan sendi. Burnout sememangnya mempengaruhi tubuh badan anda yang giat bekerja. 

Buat-buat sibuk

Hal ini sebenarnya terjadi kerana anda sudah tidak mementingkan lagi prestasi atau pencapaian organisasi. Anda mungkin lebih mahu menunjukkan yang anda mempunyai kerja untuk diselesaikan. 

Kurang motivasi

Jika anda terkena satu simptom burnout ini, anda berpotensi untuk berasa cepat penat dan akhirnya memberi kesan kepada kualiti kerja. 

Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannya, burnout ini sebenarnya perkara lazim yang dialami oleh seseorang pekerja. Ianya boleh juga wujud disebabkan rasa tidak puas hati, kurangnya bersosial dan kurang sokongan daripada segi perhubungan dengan rakan sekerja dan majikan. Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, maka silalah ambil cuti dan rehatkan minda sebab bimbang ianya menjejaskan kesihatan anda. 

Sumber: Public Health Malaysia & era.je

 

Apa Komen Anda?