Cinta Kehidupan

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Sharing is caring!

Sesi makan malam berdua di restoran terkenal semacam menjadi perkara biasa ketika menyambut birthday untuk suami isteri. Bagi yang meraikannya secara sederhana, kadangkala sekadar bertukar hadiah di dalam kereta sahaja sudah cukup membahagiakan. Tapi bagi seorang usahawan bernama Hafiz Mahamad yang memang dikenali dengan sikap sweet sejak dahulu, sekali lagi dia menarik perhatian pengikutnya di media sosial.

BACA: Mimpi Isteri Ajal Dalam Nahas Jalan Raya, Fazreen Rafi Rela Nyawa Ditarik Dulu

Ambil 3 minggu nak prepare surprise birthday tahun ini

Menerusi Facebook, Hafiz Mahamad membuat kejutan hari jadi buat isterinya iaitu Aina Syafiqah semalam. Persediaan untuk membuat surprise berkenaan mengambil masa 3 minggu kerana selain daripada menempah baju khas, dia juga harus menyiapkan pejabat baru sebagai satu lagi kejutan buat yang tercinta.

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak


Isteri tak pernah putus asa dan percaya padanya dari dulu hingga kini

Selain itu, Hafiz juga sempat menghadiahkan sebuah lagu buat isterinya dengan bantuan daripada seorang penyanyi bernama Ippo Hafiz. Menurut lelaki berusia 26 tahun itu, dia berasa amat bersyukur kerana wanita berkenaan tetap percaya pada segala usaha yang dilakukan serta kekal di sisinya selama ini.

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Terharu tengok suami hargai isteri macam ni

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu apabila melihat segala usaha yang dilakukan oleh Hafiz untuk menyambut birthday isterinya dan mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia. Menurut para netizen, Aina bertuah kerana mempunyai seorang suami yang sangat menghargainya.


Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Buat Lagu Dengan Ippo Hafiz, Birthday Surprise Paling Emosi Buat Ramai Sebak

Sumber: FB Hafiz Mahamad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!