“Buat Malu Runner Je..” – Lelaki Ini Terakam Kejadian Ragut Di Depan SOGO!

Tak kiralah sama ada di bandar mahupun desa, jenayah ragut merupakan isu sosial yang sangat membimbangkan. Selain boleh menyebabkan kehilangan harta benda, insiden seperti ini juga boleh menyebabkan perasaan takut, trauma, atau lebih malang lagi tragedi yang menyebabkan nyawa m4ngsa melayang jika terlalu serius. , Malah kejadian ini nampaknya semakin menjadi-jadi apabila seorang lelaki baru-baru ini telah terakam insiden tersebut di depan matanya sendiri!

BACA: “Tiga Kali Lalu Stroller Tu Masih Kat Situ, Risau Orang Bawak Lari Jadi Aku..”

Menurut individu bernama Imran Hakim ini, ketika itu dia sedang merakam suasana di sekitar Kompleks SOGO. Ketika melintas sebuah jalan, tiba-tiba ada sebuah motor melintas sedangkan pada masa itu orang ramai lalu lalang dan si peragut telah merampas rantai milik seorang wanita tanpa perlu bergelut langsung. Sekelip mata je dah dapat habuan!

Tolong viralkan…Kesian akak tu kena ragut rantai

Menerusi rakaman tersebut, peragut dipercayai bertugas sebagai seorang runner atau mat despatch kerana terdapat bungkusan di bahagian seat belakang motosikalnya. Walaupun dia berjaya melarikan diri daripada tempat kejadian dengan barang kemas itu, namun wajah dan nombor plat milik kenderaannya telah berjaya dirakam dengan jelas oleh Hakim. Selain mengharapkan agar suspek segera diberkas berbekalkan bahan bukti itu, rata-rata netizen mengecam tindakannya kerana telah menjejaskan nama baik semua rider yang mencari rezeki halal di atas motosikal.

Sumber: FB Imran Hakim

Apa Komen Anda?