Artis Viral

Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife

Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife

Sejak kebelakangan ini aplikasi TikTok sering saja menjadi pilihan anak-anak muda untuk berkarya serta berkongsi rakaman-rakaman video yang menarik dan juga kreatif. Malah di platform sama juga boleh dilihat terdapat pelbagai trend baru naik seiring dengan lagu-lagu popular.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Still and always daddy’s girl

Menggunakan lagu ‘Just Keep Goin’ nyanyian Tobi Lou, ramai pengguna dilihat berkongsikan video trend gambar yang diambil sewaktu kecil dan juga semasa. Tak terkecuali, sebuah video dari Aleeya Antasha turut mendapat perhatian ramai sehingga kini meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan biarpun belum 24 jam dimuat naik.

@.aleeyantasha

still & always daddy’s girl 😗❣️

♬ suara asli – 🪐 – 🐙

Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife

21st birthday memories

Rupa-rupanya, gadis tersebut adalah puteri sulung kepada penyanyi rock legend negara iaitu Awie dan juga bekas isteri, Arni Nazira. Remaja yang baru lagi menyambut ulang tahun ke-21 tahun ini berkongsi foto sewaktu kecil bersama si ayah. Siapa sangka, si kecil itu kini sudah tumbuh membesar sebagai seorang perempuan yang cukup cantik.

@.aleeyantasha

draft — #tb 21st birthday memories ♡

♬ Good bye – Piano Arrangement – Shin Giwon Piano

Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife

Baru nak ngorat sekali tengok bapak dia terus give up…Muka dia sebiji macam Arni Nazira waktu muda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat tidak henti-henti memuji kecantikan dimiliki Puteri Aleeya Antasha. Dalam pada itu, ramai juga setuju, wajah manis gadis tersebut tak ubah seperti ibu kandungnya ketika muda-mudi dahulu.

Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife

Kredit: TikTok aleeyantasha 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Buat Trend TikTok Show Off Ayah, Anak Dara Awie Dipuji Cantik Persis Ex-Wife

Facebook

Telegram