Family Hiburan

Buat Video Nak Kahwin, Gadis Diceramah Ibu Lepas Kantoi Siap Nak Report Ayah

Buat Video Nak Kahwin, Gadis Diceramah Ibu Lepas Kantoi Siap Nak Report Ayah

Selepas kerap digunakan oleh individu pelbagai lapisan umur dan latar belakang, aplikasi TikTok kini semakin banyak trend  popular. Bagi yang tidak biasa dengan features di platform ini, mereka berkemungkinan tidak tahu bahawa video dihasilkan oleh seseorang hanyalah content semata-mata.

BACA: Dituduh Berlakon Menangis Demi Content TikTok? Gadis Tak Minta Kena Anxiety

Tak nak kawan? Tak apa kita kahwin je…Lah ghisau kadang dengan diri sendiri

Seorang gadis bernama Dhiaa tidak terkecuali mengikuti trend yang ada di aplikasi tersebut dengan menggunakan satu bunyi untuk merakam videonya. Walaupun ia bukanlah suara asalnya, namun kebolehan pemilik video ini menggerakkan bibirnya selari dengan bunyi tersebut membuatkan rakaman itu kelihatan original.

@instady4

Lahh Ghisau kadang dengan diri sendiri 🤣

♬ original sound – dianarilla 🇵🇸 – dianarilla 🇵🇸

Bukan main kat TikTok ya…Amboi kau ingat kahwin ni seronok? Mama tak sukalah, aku cakap dengan bapak kau

Terbaharu, Dhiaa tidak menyangka video berkenaan akan ditonton oleh ibunya. Gara-gara itu, gadis ini mula ‘diceramah’ sehingga ditakutkan oleh Puan Azwa yang akan melaporkan perkara tersebut kepada ayahnya. Mendengar kata-kata mamanya, Dhiaa terus mempertahankan diri menyatakan video itu bukanlah suaranya.

@puan.azwa

@instady4 Puas Ati Mama Dah Report..Ok Baiiii🤪

♬ original sound – Puan.Azwa – Puan.Azwa

Habis kantoi, ‘masaklah’…Ngadu jangan tak ngadu

Sejak dikongsikan, video berdurasi 46 saat tersebut telah meraih 166 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak beranak ini. Bukan itu sahaja, ada antara mereka juga sempat menjadi ‘batu api’ agar Puan Azwa terus ‘sekolahkan’ anak perempuannya.

Buat Video Nak Kahwin, Gadis Diceramah Ibu Lepas Kantoi Siap Nak Report Ayah

Buat Video Nak Kahwin, Gadis Diceramah Ibu Lepas Kantoi Siap Nak Report Ayah

Buat Video Nak Kahwin, Gadis Diceramah Ibu Lepas Kantoi Siap Nak Report Ayah

Kredit: TikTok puan.azwa & TikTok instady4

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Buat Video Nak Kahwin, Gadis Diceramah Ibu Lepas Kantoi Siap Nak Report Ayah

Facebook

Telegram

Kasut