Viral Family

Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Dalam dunia ini, benarkah ada 7 orang yang berwajah seiras? Bak kata bidalan Melayu, bagai pelanduk 2 serupa. Bayangkan anda berjumpa dengan ‘kembar’  tanpa pertalian keluarga, apakah reaksi yang akan diberikan? Bagi situasi yang dialami 2 keluarga di bawah, takdir seakan menemukan mereka dengan cara melucukan.

BACA : Anak Nangis Penat Naik Tangga Tingkat 8 Rumah PPR, Ibu Serba Salah Hidup Susah

Anak-anak beritahu “Umie muka pak cik tu sama macam Abah”

Sedang membeli barangan keperluan di supermarket, seorang kanak-kanak berbaju kuning tiba-tiba berpaut pada kaki lelaki yang tidak dikenali. Selama beberapa saat, dia enggan melepaskan pegangan berkenaan sementara ibunya sudah tergelak besar. Rupanya sejak awal lagi, anak-anak Puan Milzan sudah menyedari pelanggan itu mirip dengan ayah mereka. Cuma apa yang berbeza cumalah bentuk badan sedikit ‘berisi’.

@milzan97

Tdi jln2 d Mydin Sandakan. Riuh anak3 bgtaw umie muka pacik tue sama muka abah dOrg.. tpi pacik tue gemuk sikit dri abah kunun 🤭 Smpai Zaheen pun sngka ‘pacik’ tue abahnya. D peluk nya bah kaki ‘pacik’ tue 😂😂😂 bru umie taw, rupanya ‘kembar cek asben’ tue tiktOkers @babahnadeen 🤭@pekapunk

♬ original sound – milzan97 –

Nasib baik anaknya yang salah, kalau Mamaknya yang salah?

Tidak melatah disentuh anak orang, Babah Nadeen melayan sahaja gelagat comel budak tersebut. Bukan sahaja muka seiras, malahan kebetulan hari itu mereka berdua turut memakai baju lengan pendek hitam dan mask berwarna sama. Maka, tidak hairanlah si anak mula keliru sebelum menyedari mana satu bapanya yang sebenar.

@babahnadeen

Macam2 hal 🤣 . #padapadahandal #celahbedah #fyp #tiktoksabahan #sabahancrew_fams

♬ original sound – Babah Nadeen – Babah Nadeen

Beza tinggi je…Rambut muka sama…Terkejut budak tu lepas sedar dari igauannya

Meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan, ramai netizen turut terhibur dengan kejadian ini. Bahkan mereka juga akui 2 lelaki tersebut benar-benar mempunyai penampilan dan muka yang serupa.

Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Kredit : TikTok babahnadeen & milzan97

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Budak Kecil Keliru Berpaut Pada Kaki Lelaki Tak Dikenali, Muka Seiras Ayahnya

Facebook

Telegram