“Budak Kecil Pun Nak Ceramah Ke?” – Ustaz Mad Kechik Selalu Disindir, Tapi..

‘Ibarat kecil-kecil cili padi’. Itulah gambaran yang paling sesuai buat seorang pendakwah yang berasal dari Kampung Kuala Dua, Kuala Berang, Terengganu ini. Jika dahulu individu ini telah menjadi perhatian kerana fizikalnya yang unik iaitu hanya memiliki ketinggian lebih kurang 100 sentimeter ini sahaja. Namun siapa menyangka hikmah di sebalik kekurangan itu Ustaz Mad Kechik kini semakin dikenali gara-gara kelantangan dan kepetahannya memberikan ceramah.

BACA: [VIDEO] Bagi Sindiran Padu Kepada TNB, ‘Abam Botak’ TV3 Buat Ramai Berdekah

Adik beradik lain normal…hanya saya yang kerdil

Menerusi perkongsian yang dibuat bersama portal Harian Metro, pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah ini mendedahkan bahawa dia dilahirkan seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun akibat menghidap sejenis masalah kesihatan ketika berusia 1-5 tahun, tumbesarannya agak ‘ketinggalan’ daripada rakan-rakan sebaya yang lain. Difahamkan 5 orang lagi adik-beradiknya juga membesar dengan normal, namun dia redha dan anggap ini sebahagian daripada ujian oleh-Nya.

Selalu ganti ustaz…Tak sengaja jadi penceramah

Jelas pemuda berusia 26 tahun ini lagi, pembabitannya sebagai seorang penceramah sebenarnya berlaku secara kebetulan sahaja. Sewaktu menuntut ilmu di Darul Muhajirin Bukit Jong di usia remajanya, dia sering dipilih untuk menggantikan ustaz atau penceramah memandangkan datang dari latar belakang pendidikan aliran agama. Maka bermula dari situlah, dia mula menyampaikan ceramah di sekitar Hulu Terengganu.

Dapat reaksi positif di alam maya…diminati para belia

Mengulas tentang namanya yang semakin menjadi sebutan ramai di media sosial, Muhammad berkata perkara itu berlaku apabila video mengenai ceramahnya dimuat naik ke Facebook dan YouTube pada tahun lalu. Dan sejak itulah juga dia sering menerima undangan untuk berceramah di luar negeri kelahirannya seperti Kedah, Perak, Kelantan, Pulau Pinang, termasuklah Selangor. Ternyata ceramah yang disampaikan dalam nada bersahaja serta santai itu turut diminati para belia.

Kredit foto: Harian Metro

“Budak kecil pun nak berceramah ke?”

Apabila ada yang menyokong, pasti juga ada yang menyatakan rasa tidak suka juga. Malah terdapat sesetengah pihak yang menyindir ciri fizikalnya di laman sosial seperti ungkapan terbabit. Namun begitu Muhammad tidak mudah melatah, malahan menganggapnya sebagai salah satu cabaran dalam menyampaikan ilmu dakwah kepada masyarakat.

“Tak pernah tersinggung pun dengan kata-kata sinis berikut. Saya berceramah bukan kerana saya bagus atau berilmu tinggi tetapi saya berpegang kepada konsep sampaikan ilmu walau hanya 1 ayat. Memang terdapat banyak perkara lagi yang masih perlu dipelajari, namun tak salah jika ingin berkongsi ilmu yang saya tahu kepada masyarakat,

Sumber: Harian Metro & FB Ustaz Muhammad Bin Abdullah

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?