Isu Semasa

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Sharing is caring!

Bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan awam seperti LRT, KTM atau ERL menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pasti pernah melihat seorang kanak-kanak yang berkepala besar ini. Meskipun kisahnya pernah mendapat liputan akhbar beberapa tahun lepas, namun kelibat si kecil tersebut sambil ditemani oleh seorang wanita berpurdah meminta sedekah di kawasan jejantas stesen bas nyata mengundang persoalan ramai.

BACA: [VIDEO] “Sebelum Operation Anak Celik Mata, Tapi Bila Pulangkan Balik Dia Kaku”

Terpaksa mengemis…setiap kali buat rawatan cecah kos RM1,000

Menerusi laporan portal Harian Metro baru-baru ini, penjaga yang dikenali sebagai Omar Akhtar Mohammad Nor memaklumkan bahawa keluarga mereka tiada pilihan lain kecuali mendapatkan ihsan. Wang tersebut juga bertujuan untuk menampung kos perubatan Mohd Yasin yang menghidap lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus, memandangkan setiap rawatan susulan di HKL mencecah kos sehingga RM1,000.

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis


Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Gaji suami tak cukup…jumlah sedekah sehari raih RM500

Tambah wanita berusia 21 tahun itu lagi, dia mampu memperoleh jumlah purata RM500 setiap hari hasil simpati orang awam. Selain itu, pendapatan bulanan sekitar RM1,200 oleh suaminya yang bertugas sebagai pencuci kereta hanya cukup-cukup untuk keperluan isi rumah mereka. Mengenai soal kebajikan budak berusia 3 tahun itu pula, dia cuma minum air kotak sepanjang berada di lokasi meminta sedekah.

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis


Status UNHCR sekat bantuan sewajarnya

Dalam pada itu Pengerusi Persatuan Hydrocephalus Malaysia, Puan Azah Hana Ahmad Azahari memaklumkan bahawa krisis yang dihadapi oleh kanak-kanak Rohingya ini pernah dirujuk kepada pihak JKM. Namun malangnya, tiada tindakan wajar boleh diambil berikutan dia berstatus UNHCR. Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan menerusi keluarga ini.

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Sumber: Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Budak ‘Kepala Besar’ Di TBS Cetus Kerisauan, Penjaga Jelaskan Sebab Mengemis

Sharing is caring!