Family Viral

Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih

Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih

Tamat sekitar jam 11 pagi, siapa sangka rupanya terjadi kisah sedih di sebalik penutupan acara sambutan Hari Kebangsaan ke-65 semalam. Seorang budak lelaki berusia lingkungan 6 tahun dilaporkan lost di sekitar kawasan Dataran Merdeka tanpa sebarang penjaga. Mujurlah tidak menangis, 2 anggota polis terus membawanya ke lokasi sound system bagi membuat pengumuman.

BACA : Adik Bomba Viral Tertunjuk Jari Tengah, Rupanya Sempat Tidur Lena Masa Berarak

Abang polis siap berikan air…Datang dengan mak

Dalam ribuan manusia yang masih memenuhi perkarangan pentas utama, pastinya misi mencari ibu bapa kanak-kanak tersebut agak mustahil. Setelah memberitahu namanya sebagai Fauzan, pengacara segera membuat hebahan agar sesiapa yang kehilangan anak diminta datang ke sana. Petugas lain juga cuba menenangkan budak tersebut dengan mengajaknya berbual serba sedikit.

Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih

Nama ayah siapa? Fauzan Bin apa? Noraini nama emak…Umur berapa tahun? Nama ayah tak ingat

Peliknya ketika ditanya, si kecil ini hanya berdiam dan menggeleng kepala kerana tidak mengingati nama ayahnya sendiri. Saat menunggu kedatangan ibunya ke situ, terdengar suara budak tersebut yang tiba-tiba memberitahu rupanya ayahnya sudah tiada lagi kerana pemergian menghadap Ilahi.

@besihitam

kisah budak hilang di dataran merdeka buat ramai sedih rupa²nya bapak dia dah meninggal #besihitam #malaysia #strongerthansteel #sayamestirajin #dataranmerdeka

♬ inspirational acoustic guitar piano ( ambient background instrumental music calm – megamusic

Nasib baik maknya tenang, kalau aku dah berguling menangis

Di sebalik kisah kehilangan itu, ramai yang menitik air mata lebih-lebih lagi setelah mendengar pengakuan dibuat oleh Adik Fauzan mengenai Allahyarham bapanya. Selain itu, mereka turut memuji keluhuran budi petugas PDRM yang pantas membantu kanak-kanak itu.

Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih

Kredit : TikTok besihitam

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Budak Lost Di Acara Merdeka Diam Bila Ditanya Nama Ayah, Sekali Ada Benda Sedih

Facebook

Telegram