Budak Tercekik Roti Selamat Dikebumikan, Pengasuh Bakal Dihukum Kerana Lalai

Awal bulan Julai yang lalu, kita semua telah dikejutkan dengan berita mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang tidak sedarkan diri dan koma akibat tercekik roti semasa di bawah jagaan pengasuhnya. Memetik laporan Harian Metro, pegawai perubatan di HospitaI Selayang turut menemukan beberapa cebisan roti sewaktu menjalankan proses resusitasi ke atas Nia Adreana Binti Nasir.

BACA: Viral Kisah Kucing Dicekik Budak Beraya, Rupanya Satu Malaysia Dah Kena Tipu!

Namun difahamkan kanak-kanak itu tidak sempat diselamatkan apabila dia disahkan pergi buat selamanya menerusi posting yang dikongsikan oleh ibu saudaranya, Marrya Marrysa Rohani. Pemergian ini berpunca akibat kerosakan yang berlaku di bahagian otaknya gara-gara tidak memperoleh oksigen dan aliran dar4h secukupnya. Adik Nia Adreana selamat dikebumikan di kampung halaman ibunya di Kampung Betong, Sik, Kedah. Dalam pada itu, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pengasuh bayi atas insiden ini.

Sumber: FB Marrya Marrysa RohaniHarian Metro

Apa Komen Anda?