Ura-ura bahawa dunia akan berdepan dengan krisis makanan menyedarkan kelompok masyarakat untuk membuat prepping. Ringkasnya, mereka akan membeli barang keperluan penting termasuklah stok makanan yang boleh tahan lama kemudian disimpan menggunakan teknik tertentu. Bahkan kini, banyak grup prepping di media sosial yang sudah ditubuhkan sebagai rujukan umum.
BACA :Â Hentikan Panic Buying, Bekalan Makanan Akan Cepat Susut Jika Masih Berterusan
Start beli barang yang tarikh luputnya lama lagi…Zikir adalah makanan utama
Akan tetapi, ramai juga yang gemar memuat naik semua persediaan dibuat mereka ke media sosial. Ini termasuklah dengan paparan keadaan dapur rumah yang dipenuhi banyak barang keperluan lantas menyerupai kedai runcit pula. Bukan itu sahaja, terkadang video yang dimuat naik turut disertakan dengan lagu-lagu menakutkan tanpa menyedari ada impak negatifnya.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
@delittlemash prepping beras Pt.1 #foodbank #persediaanharigelap #simpanemas #krisis_makanan_dunia
@misz_lola most important..DZIKIR adalah makanan utama & senjata umat islam🖤 #preppingmalaysia #preppingakhirzaman #foryoupage #fypシ
@edryie.tasha Reply to @nana_sabry90 Prepping?!😱 Apa tu!😒 Mengarot jelah kau ni!!!!🤬😡😤 #prepping #banjir #akhirzaman #bencanaalam #fyp #fypシ #teorikonspirasi
Bila korang panic buying, kau buat harga barang jadi naik…Bukan semua orang bernasib baik
Apakah jenis-jenis kesan buruk yang dimaksudkan? Penjelasan daripada wanita bernama Alia ini pasti boleh membuka mata ramai. Pertamanya, perbuatan berkenaan boleh mencetuskan panic buying seterusnya mengurangkan bekalan barang dalam negara. Dari sudut ekonomi pula, lambakan pembelian sebegitu membuatkan harga barang semakin meningkat (inflasi). Lebih buruk lagi, proses prepping yang ditunjuk-tunjuk seperti itu disifatkan tidak menjaga sensiviti orang kurang berkemampuan.
https://www.tiktok.com/@aliabangs2/video/7102868174932086042?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Ramai tak faham konsep prepping…Bila ditegur melenting…Kasihan dekat orang yang takde duit
Bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Alia, netizen juga beranggapan hasil prepping tidak perlu ditayang ke media sosial. Malahan, diakui ada yang mula keresahan selepas munculnya video-video seperti itu.
Kredit : TikTok edryie tasha, misz lola, Masita & Alia
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura