“Bukan Aku Hidup Dengan Dia Je”- Intan Salleh Tulis Kapsyen Tuju Pada Duda?

Sejak berpisah dengan Ude Wahid setahun yang lalu, jumlah pengikut di laman Instagram Intan Saleh semakin meningkat. Segala aktiviti dan posting yang dimuatnaiknya sentiasa mendapat perhatian netizen. Pernah dikecam kerana disifatkan tidak move on, segala apa yang ditulis wanita ini di media sosial berkenaan luahan hatinya akan sentiasa dikaitkan netizen dengan pihak di sana. 

BACA: Ucapan ‘Gatal’ Intan Saleh Sempena Hari Jadi Ayah Dapat Restu Netizen

Aku tak bisa mengubah arah angin 

Seperti baru-baru ini, Intan Saleh ada meluahkan isi hatinya melalui kapsyen dalam satu gambar dia bersama anak-anak. Melalui apa yang ditulis, boleh disimpulkan bahawa dia akan buat yang terbaik untuk anak-anaknya meskipun perlu membesarkan mereka seorang diri. 

Takyah sedih-sedih akan sampai saatnya Bonda bahagia 

Ruangan komen telah dibanjiri dengan kata-kata semangat netizen yang jelas sekali menyokong wanita ini untuk terus berjuang dan membangkitkan diri demi kebahagiaannya. 

Kapsyen macam ni pun nampak macam raih simpati ke?

Dalam pada itu, Intan atau lebih mesra disapa sebagai Bonda telah meluahkan rasa terkilannya menerusi IG story apabila ada pihak yang mengaitkan kapsyen  tersebut dengan bekas suaminya, Ude Wahid. Mereka menyifatkan kapsyen itu ditulis kerana ingin meraih simpati pihak di sana yang ketika ini baru sahaja menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga mereka. 

Intan menegaskan bahawa kapsyen itu dituju pada dirinya semata-mata dan tiada kena-mengena dengan pihak Ude kerana Intan sudah meneruskan hidupnya dengan baik. Intan juga berpesan jika ada pihak yang sudah meluat dengan aktiviti dan penulisan yang dibuatnya di media sosial, mereka boleh saja menghindari akaun Instagramnya. Apa yang penting bagi Bonda, kehidupannya bukanlah berpaksi pada bekas suaminya semata-mata. 

Untuk rekod, Intan dan Ude telah berpisah pada Mac 2018 setelah lelaki itu didapati bernikah secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda. Selepas beberapa bulan bermadu, Ude akhirnya melepaskan Intan dengan talak satu selepas mengaku tidak mempunyai perasaan lagi terhadap wanita itu. 

Sumber: IG __iiiintan.saleh

Apa Komen Anda?