Setelah lebih 2 minggu kisahnya ‘berprojek’ dengan menantu tersebar kepada umum, akhirnya Rihanah Anah sempat buka mulut di hadapan wartawan saat memenuhi pemeriksaan lanjut di balai polis. Sama seperti penjelasan Rozy Ray Hakiki, dia juga menegaskan tidak berhubungan badan sama sekali seperti dakwaan anaknya, Norma Risma.
BACA : Suami Lebih Terliurkan Ibu Mentua Sendiri, Isteri Sedia Maafkan Ibu Kandung
Ibu anggap anak kandung sengaja bangkitkan isu semula
Menjungkir semula kisah asalnya, wanita tua terbabit berkata pada hari ketika ditangkap basah dia memang ada datang ke rumah sewa anak menantunya itu. Namun dia tidaklah melakukan benda jijik seperti yang orang kampung katakan.
“Alhamdulillah, saya pun tak hamil. Tuduhan tu semua bohong. Sejak kejadian itu, saya dah berpisah dengan suami. Saya duduk di Jakarta dengan kedua-dua orang tua. Tak bercakap dengan Norma atau Rozy. Duit ganti rugi 50 juta rupiah (sekitar RM14,000) sudah diberi, saya terkejut Norma sengaja viralkan lagi isu ini”
Isterinya kerja sampai malam, jadi saya penggantinya…Memang sering ke sana
Kerana merasa rimas serta sekadar mahu menumpang rehat, dia akui telah menggunakan bilik Rozy dan Norma. Tambahnya lagi, dia memang kerap datang ke sana memandangkan Norma sibuk kerja hingga malam. Hanya mahu tolong-tolong urusan rumah, niatnya tak lebih daripada itu.
“Memang masa diserbu, saya ada dalam bilik Rozy. Tapi apa yang orang cakap tu fitnah. Saya hanya nak rehat & buka baju kerana sedang berpeluh”
Saya ibu kandung kamu Norma..Berhentilah, saya yang lahirkan kamu & kandung 9 bulan
Kecewa kerana terus diaibkan, Rihanah berharap Norma hentikan segala fitnah terbabit. Selain itu, wanita tua ini mengingatkan semula bahawa dia adalah ibu kandung yang susah payah mengandung selama ini.
@sodakering SEBAGIAN PERNYATAAN MALAH SEPERTI MENGAKUI PERSELINGHANNYA‼️ #silet #ibunormarisma #rihanahanah #rozyzay #rozyzayhakiki #norma_risma #normarisma #fyp
Kredit : Portal TV One News & TikTok Soda Kering
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
