Viral Inspirasi

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Diadakan di Bali, Indonesia, 2 hari lalu Sandra Lim berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah dinobatkan sebagai naib juara menerusi pertandingan ratu cantik ‘Miss Global 2022’. Bagi yang tidak tahu, gadis berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan bekas atlet seni bela diri negara. Setelah 10 tahun bergelar ahli sukan, selepas itu barulah dia aktif berkecimpung dalam bidang peragaan.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Sandra Lim berikan tepukan kepada kemenangan Miss Global Philippines

Sementara itu, Shane Tormes (Miss Global Filipina) pula telah diumumkan sebagai juara manakala peserta dari Australia, Brooke Rankin mendapat tempat ketiga. Selepas pengumuman pemenang utama dibuat, Sandra Lim selaku wakil negara Malaysia terlihat tenang meraikan kejayaan rakan seperjuangannya itu sambil berdakapan sesama sendiri.

Miss Global Malaysia jadi orang pertama yang berlari untuk beri bantuan

Pun begitu, satu insiden tidak terduga telah berlaku sekali gus mengalihkan tumpuan ramai. Salah seorang penyampai hadiah tiba-tiba terperosok masuk ke bawah pentas dan mengalami kesukaran untuk berdiri semula. Tanpa membuang masa, Sandra Lim yang kelihatan risau telah bergegas datang untuk memberikan bantuan. Rupa-rupanya ketika sesi rehearsal dibuat, lubang berbentuk segi tiga itu difahamkan turut ‘memerangkap’ kaki peserta lain.

@instafashionpageant

#sandralims MGlobal Malaysia sigap banget ya guys,dia langsung lari buat nolong,moga bapak nya ga kenapa2 #missglobal 2022 #baliindonesia #fyp

♬ Butiran Debu – Terry

Miss Malaysia ketulusannya terpancar…Walaupun bukan di hadapan, dia berlari untuk membantu

Melihat kepantasan Miss Global Malaysia menjadi orang pertama yang cuba menolong, netizen memberikan pujian melambung kepadanya. Walaupun Sandra tidak meraih gelaran juara di pentas itu, namun bagi mereka gadis berkenaan sudah memenangi hati ramai orang dengan menunjukkan budi pekerti yang elok.

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Kredit : TikTok Instafashionpageant, YouTube Mang Mudins , IG MissGlobalPhil & Portal TVS

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bukan Juara, Miss Malaysia Dipuji Jadi Yang Pertama Bantu Orang Termasuk Lubang

Facebook

Telegram