Bukan Mudah Menjadi Wanita, Hanya Sibuk Memenuhi Expectation Orang Lain

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan malah boleh dikatakan semua mahukan yang terbaik agar penampilan nampak indah setiap masa. Bahkan ada yang sanggup menyakitkan diri sendiri dan berhabis duit demi mencapai kepuasan diri. Namun sebenarnya, terdapat sesetengah daripada golongan wanita mahukan semua itu kerana risau dengan persepsi orang lain. Baru-baru ini, seorang gadis telah berkongsi pendapat mengenai isu tersebut. 

BACA: Bantu Wanita Dapatkan Bentuk Badan Anak Dara, Coach Mimi Guna Latihan Ini

Wanita hanya sibuk memenuhi expectation orang lain

Menerusi posting oleh saudari Hidayah di laman Twitter, dia mengatakan bahawa kehidupan sebagai seorang wanita adalah agak sukar. Hal ini kerana mereka perlu sempurna dari pelbagai aspek seperti khususnya paras rupa, bentuk badan serta penampilan diri. Gara-gara mahu menyedapkan mata pihak lain, keselesaan dan penerimaan sebenar terhadap diri sendiri seakan diabaikan. Sifat taksub untuk memenuhi expectation orang ini akan menyebabkan mereka kurang berkeyakinan diri sedangkan tiada insan yang lahir sempurna. 

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Tak boleh tutup mulut orang

Menurut Hidayah lagi, tidak mudah untuk menghakis rasa insecure yang sememangnya tertanam dalam jiwa wanita. Padahal, menghargai diri sendiri adalah benda paling penting. Meskipun mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan mulut jahat orang lain, tetapi wanita berhak untuk disayangi. Di penghujungnya, gadis ini sempat meniupkan semangat kepada wanita lain agar menerima diri seadanya. 

Advertisement

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Memang sukar bergelar wanita

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh gadis ini. Ramai mengatakan pernah mengalami rasa goyah kerana hinaan dari orang-orang di sekeliling mereka. Tidak kurang juga ada netizen sudah mula menyedari bahawa penting untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki tanpa mempedulikan kata-kata orang lain. Setakat ini, posting tersebut telah meraih sebanyak 16 ribu retweets.

Advertisement

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Nhidayaah

Advertisement

Apa Komen Anda?