Bukan Sahaja Setia, Tapi Banyak Sebab Lain Wanita Sukakan Lelaki Pandai Masak

Wanita mana yang tidak sukakan lelaki yang boleh memasak? Sekarang ini hampir kebanyakan lelaki sudah menunjukkan taring mereka di dapur, malah jika kita lihat di media sosial, ramai lelaki mula giat berkongsi video mereka sedang memasak. Hal ini bonus kepada seseorang lelaki kerana tentunya wanita akan rasa sangat beruntung memiliki tukang masak seperti anda. Tambahan lagi, lelaki dan wanita perlu sama-sama handal di dapur. 

BACA: Bawa Awek Ke Rumah, Lelaki Ini Terharu Ibunya Sanggup Ajar Memasak!

Gambar sekadar hiasan

Ramai yang tidak tahu sebenarnya lelaki yang pandai masak mempunyai lebih kelebihan daripada lelaki biasa. Selain si dia dapat makan makanan yang sedap, sebenarnya banyak lagi sebab lain yang buatkan mereka jatuh hati. Antaranya..

Petanda Matang

Lelaki yang pandai masak biasanya teliti dan terurus dalam setiap apa yang dikerjakan. Contohnya, lelaki yang pandai masak akan menguruskan dapur dengan baik, teliti dengan cara penyediaan dan menggunakan kaedah yang betul. Jika ia berterusan, ini menandakan mereka mempunyai kestabilan dalam tugas yang dilakukan.

Setia

Jangan tak tahu, lelaki yang pandai masak ini adalah seorang yang setia. Bayangkan, mereka mampu menahan nafsu untuk makan di situ juga sebelum makanan dihidangkan. Selain itu, mereka dianggap setia kerana mereka lebih seronok melihat orang yang tersayang makan hidangan yang mereka masak. 

Lebih romantik

Si dia akan ada peneman yang setia di dapur tatkala dia sedang memasak. Hal ini sememangnya diimpikan oleh seorang wanita kerana fitrah mereka memang suka berbual. Jika anda selalu ke dapur, tak adalah si dia bosan memasak seorang diri. Bukankah itu romantik?

Gambar sekadar hiasan

Penuh kejutan

Wanita adalah golongan yang sukakan kejutan apalagi daripada orang yang tersayang. Jadi, anda boleh gunakan kesempatan ini untuk memberi kejutan kepada si dia dengan resepi-resepi baru yang belum pernah dia rasa dimana-mana. 

Rasa diberi perhatian

Tidak dinafikan juga perempuan sebenarnya ada perasaan senang melihat lelaki di dapur. Hal ini kerana mereka rasa dilindungi, disayangi dan diberi perhatian apabila lelaki pula yang memasak untuk mereka. 

Kesimpulannya, lelaki mesti mempunyai ilmu dalam masakan. Lelaki seharusnya tidak meletakkan tanggungjawab memasak pada wanita semata-mata kerana fleksibiliti adalah penting terutama dalam waktu kesempitan. Jika lelaki pandai memasak, perempuan akan berasa lebih bahagia. Hal ini kerana wanita juga manusia biasa yang suka dilayan dan dijamu makan makanan yang sedap-sedap. 

Sumber: Maskulin

 

Apa Komen Anda?