Lelaki yang sudah mempunyai kerjaya tetap sering menjadi idaman wanita di luar sana kan? Namun begitu, tidak semua wanita sanggup untuk melalui kehidupan susah senang bersama-sama dengan partner sendiri. Tatkala orang lain mengharapkan bakal suami mempunyai bekalan wang secukupnya sebelum berkahwin, tetapi gadis ini mempunyai faham sebaliknya. Malah, dia dilihat tidak segan untuk mencari rezeki bersama-sama dengan teman lelakinya.
BACA: Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Tak kisah dengan keadaan kerja…Akui tak mudah nak hidup senang
Menerusi paparan video di aplikasi TikTok, gadis dikenali sebagai Intan Nabilah berada di sebuah pusat pemprosesan baja sawit yang merupakan lokasi teman lelakinya bekerja. Gadis berkaca mata itu juga berkesempatan membantu untuk melakukan pekerjaan di tempat berkenaan. Selain itu, dia turut gembira apabila berpeluang menaiki lori dan forklift yang dipandu oleh Amyrul Aidiel. Tidak ketinggalan, Intan turut mengakui kata-kata lelaki tersebut bahawa bukan mudah untuk memiliki kehidupan yang selesa.
@yyntn dia selalu cakap “bukan senang nak senang” hm betul lah
Seronok tengok perempuan support lelaki…Please jaga betul-betul
Meskipun kerja tersebut adalah berat tetapi gadis itu tidak kekok untuk melakukannya. Mendapat lebih daripada 100 ribu jumlah tontonan, rata-rata netizen turut berasa kagum melihat gadis itu kerana sudi memberi sokongan kepada teman lelakinya. Selain itu, mereka turut mengingatkan jejaka berkenaan agar sentiasa menghargai Intan Nabilah dalam hidupnya.
Sumber: TikTok yyntn, Instagram intannabilla
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura