Artis Hiburan

Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

Hadir dalam musim kelima, program hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia‘ (ICSYVMY) akhirnya kembali dengan menampilkan beberapa muka-muka baharu. Walaupun baharu episod pertama, namun rancangan ini berjaya mencetuskan gelak tawa ramai daripada telatah ahli panel serta para penyiasat.


BACA: [VIDEO] Tak Dengar Cakap Orang Lama, Andi Bernadee Dimarahi Dato Rosyam Nor

Kalau salah Andi buka baju…kalau betul saya kahwin dengan dia

Antara moment yang paling mencuri tumpuan apabila pelakon Janna Nick cuba menyakinkan Naim Daniel untuk memilih peserta nombor 4. Malah, dia sempat membuat ‘taruhan’ untuk berkahwin dengan Muhammad Shafiq sekiranya diangkat sebagai pemenang. Di hujung episod berkenaan, siapa sangka rupanya dia adalah ‘penyamar bersuara sumbang’ sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM3 ribu.

Kena heret ke atas pentas…penyamar tersipu malu ‘dikahwinkan’ dengan Janna Nick

Gara-gara cabaran itu, beberapa selebriti lain terus mengheret Janna Nick ke atas pentas sebelum ‘bersanding’ di sebelahan Shafiq. Menariknya, lelaki berkenaan mula berdiam diri dan hanya tersipu malu semasa mereka berdua sedang ‘disatukan’. Lebih mencuit hati apabila Andi Bernadee dilihat mula bersilat, manakala Datuk Rosyam Nor pula sempat berjenaka replika mock cheque RM3 ribu itu dijadikan sebagai hantaran majlis mereka berdua.


Janna ni tak pernah tak sporting, banyak betul kejutan tahun 2022 ni eh…tiba-tiba pula dah jadi puan

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi spontan yang dilakukan oleh para selebriti bagi menyakat Janna Nick. Malah, ada juga yang sempat berseloroh mengharapkan hubungan mereka berdua kekal sampai bila-bila.


Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

 

 

Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

Kredit: Instagram Janna Nick & TV3 Malaysia

https://www.instagram.com/tv/CdTPzKWlINm/?utm_source=ig_web_copy_link

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu ‘Sanding’ Dengan Janna Nick

Facebook

Telegram