Bukan Tak Boleh Buat Kerja Rumah Masa Hamil Tapi.. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Hati wanita mana yang tidak teruja apabila dia disahkan hamil hasil perkahwinannya terutama sekali jika itu merupakan anak pertama? Tentunya pelbagai persiapan rapi malah si ibulah orang yang paling sibuk merancang pelbagai perkara untuk menyambut kelahiran si anak. Dalam kesibukan menjaga kandungan, si ibu tetap perlu menjaga kebajikan suami dan menguruskan dapur seperti kebiasaannya. Namun, perlu berhati-hati dalam hal ini kerana sedar atau tidak perkara ini sebenarnya boleh memberi kesan kepada kandungan. 

BACA: Suami Outstation Sampai Siam Tapi Bini Mengandung Pulak Dapat HlV

Seorang doktor ini telah mendedahkan satu fakta yang menarik dimana wanita yang hamil tidak digalakkan untuk banyak membuat kerja dapur. Bukan tak boleh tetapi sesetengah kerja dapur boleh memberi kesan terhadap wanita hamil. Ikuti perkongsian ini. 

Gambar sekadar hiasan

Penggunaan Bahan Kimia

Produk pencuci dan pesticide mempunyai bahan kimia yang tertentu. Bahan kimia ini dikhuatiri apabila dihidu atau disentuh akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. 
Membersihkan sangkar haiwan

Elakkan aktiviti pembersihan sangkar haiwan ketika hamil kerana mempunyai risiko dijangkiti toksoplasmosis melalui najis haiwan dan besar kemungkinan boleh memberi kesan kepada bayi dalam perut. Selain itu, wanita mengandung juga boleh terdedah kepada parasit atau kuman apabila membersihkan najis anjing atau kucing. 

Gambar sekadar hiasan

Membersih, mengemop dan menyapu tingkap dan lantai

Perempuan selalunya begitu teliti dengan keadaan rumah, tetapi jangan sampai memberi impak buruk kerana aktiviti seperti ini boleh menjejaskan bahagian bawah belakang badan dan urat di bahagian lutut. Ambillah masa untuk berehat dan bersandar seketika.

Gambar sekadar hiasan

Memanjat di atas kerusi atau tangga

Perkara ini boleh menyebabkan terjatuh dan akhirnya dikhuatiri memberi kesan kepada bayi dalam perut apalagi keadaan ibu yang hamil mudah berasa tidak stabil.

Gambar sekadar hiasan

Mengalih perabot berat & mencantikkan perabot lama

Mengalih perabot yang berat boleh mengakibatkan gangguan pada otot dan penderitaan pada otot. Hal ini kerana semasa hamil kemungkinan tisu dan ligamen perantara sedang longgar. Sementara itu, mencantikkan perabot lama pula mengganggu kesihatan ibu dan anak kerana bahan pelarut pada perabot lama adalah tidak baik. 

Gambar sekadar hiasan

Kesimpulannya, ibu yang hamil perlu penjagaan kesihatan dan waktu rehat yang optimum. Jika hendak lakukan pun, mereka perlu menggunakan alternatif yang lebih selamat seperti memakai sarung tangan, memakai topeng muka atau menggunakan produk yang mesra alam sekitar. Namun apa salahnya, jika kerja-kerja sebegini diberikan kepada suami buat sementara waktu sehingga si isteri selamat melahirkan. 

Sumber: hellodoktor.com

Apa Komen Anda?