Viral

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Sharing is caring!

Kewujudan perkhidmatan pengeposan barang tidak kira dalam atau luar negara membuatkan urusan pembelian menjadi lebih mudah di zaman kini. Namun bagi sesetengah syarikat courier, mereka perlu mengambil gambar pelanggan ketika penghantaran dibuat sebagai bukti bahawa barangan sudah sampai dengan selamat. Proses pengambilan foto dibuat dengan sangat cepat sebelum pekerja menyambung semula tugas mereka.

BACA : Lepas Kena Block Sepenuhnya, Usaha Lelaki Gigih Hantar Surat Buat Netizen Kagum

Teruja dapat parcel dari Abang Rider, pelanggan posing ala model

Tidak kira dalam keadaan berbaju kelawar, kepala bertutup dengan tuala mandi atau mungkin cuma berkain batik kampung sahaja, ia merupakan ‘pemandangan’ biasa yang akan dilihat oleh para pekerja penghantaran ini apabila tiba di depan rumah penerima barang. Namun berbeza dengan pelanggan di negara Thailand ini, mereka gigih membuat beberapa pose ala-ala model terkenal selepas teruja menerima parcel masing-masing.


Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Background pokok-pokok dan rumah kayu tepi jalan, tapi hasil gambarnya cantik

Hanya memegang parcel dengan latar belakang rumah kayu mereka, namun hasil gambar yang ditangkap boleh tahan cantiknya. Meskipun pelbagai ragam yang dapat dilihat, namun penghantar barang masih mampu tersenyum manis sewaktu mengambil foto-foto pelanggannya.

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Patutlah barang lambat sampai…Gambar bukti barang dah sampai

Mendapat lebih 20 ribu jumlah perkongsian semula oleh netizen di Facebook, ternyata post berkenaan cukup mencuit hati ramai. Ada juga yang berseloroh ini adalah punca utama mengapa barang mereka sampai lambat ke destinasi.


Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Bukti Barang Selamat Sampai, Rider Gigih Ambil Gambar Pelanggan Acah-Acah Model

Sumber : Facebook MonsterLady24


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini