Viral Isu Semasa

Bukti Bukan Anak Kaklong Mencuri, Manager Cerita Telah Dituduh Rakan Sendiri

Bukti Bukan Anak Kaklong Mencuri, Manager Cerita Telah Dituduh Rakan Sendiri

Gara-gara anak dituduh mencuri, seorang ibu malah tular di serata media sosial sejak 2 hari lalu selepas rakamannya naik angin di sebuah kedai serbaneka 24 jam menerima pelbagai reaksi orang ramai. Bukan itu sahaja, gelagat kanak-kanak tersebut yang sempat mengeluarkan kata-kata kesat turut menerima teguran.

BACA: Telatah Ayden Ucap Syukur Curi Tumpuan- “Thank You Allah Bagi Daddy Menang”

Walaupun saya buat live, tapi saya tak nak tunjuk gambar kak…Sebab saya bukan jenis gitu

Walau bagaimanapun, semalam wanita bernama Wan Nor Baizura itu telah pun berkunjung ke kedai berkenaan untuk meminta maaf kepada pekerja yang terlibat. Sesi yang turut disiarkan menerusi live Facebook itu menyaksikan si ibu berkenaan teresak-esak menangis selain bersyukur kerana kemelut tersebut dapat diselesaikan juga dengan baik.

@customzpro

#kaklong #sevene #baizura #kaklongkosmetik

♬ original sound – baju lawo – baju lawo

Ujian untuk family diorang dan juga kita sebagai netizen

Menerusi beberapa posting, wanita berkenaan juga cukup lega apabila tuduhan yang dilemparkan terhadap anak lelakinya itu terbukti tidak benar. Malah pengurus kedai tersebut juga telah melihat rakaman CCTV serta mengesahkan tiada barang yang diambil oleh budak tersebut.

@customzpro

#kaklong #seveneleven #adam #baik #ganu

♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya adik ini telah mencuri…Dia merasa takut lantas berlari keluar

Akhirnya pihak kedai berkenaan membuka cerita sebenar di mana pada awalnya rakan kepada kanak-kanak berkenaan yang telah mendakwa berlaku kecurian. Lantas, staf di situ telah bertanya jika benar budak lelaki itu ada mencuri. Namun dia ketakutan lantas melarikan diri dan memaklumkan kepada si ibu tentang kejadian.

 

Kredit: Facebook Wan Nor Baizura & TikTok customzpro

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bukti Bukan Anak Kaklong Mencuri, Manager Cerita Telah Dituduh Rakan Sendiri

Facebook

Telegram

Kasut