Viral

Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Sharing is caring!

Sejak laporan peningkatan wabak tersebar ke serata dunia, banyak negara tidak melepaskan peluang untuk turut sama membantu wilayah Wuhan dalam menangani virus bersifat pandemik ini. Malaysia juga tidak terkecuali untuk sama-sama menyumbangkan bekalan sarung tangan kepada masyarakat di sana pada awal bulan lepas.

BACA: Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan


Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Terima banyak kotak berisi peralatan perubatan

Atas dasar hubungan baik itu, China telah berbesar hati untuk menyumbangkan ratusan kotak peralatan perubatan buat petugas di negara ini setelah jumlahnya makin merosot. Perkara ini telah disahkan sendiri melalui laman Facebook rasmi China Embassy in Malaysia apabila sebuah lori membawa kotak berisi alatan itu dihantar ke pusat perubatan di Sungai Buloh.

Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Perpaduan dua negara perlu dibentuk

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kain rentang memaparkan peribahasa “bukit sama didaki, lurah sama dituruni” dalam bahasa Melayu dan Mandarin. Malah, kata-kata bersifat perpaduan antara dua identiti ini juga dapat dilihat pada lori tersebut. Menurut posting itu lagi, ini merupakan penghantaran kumpulan pertama dan seterusnya akan menyusul tak lama lagi.


Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Terima kasih China, bantuan amat dihargai..

Posting yang dimuat naik di Facebook setakat ini telah meraih lebih 7 ribu perkongsian serta memperoleh pelbagai reaksi daripada masyarakat berlainan agama. Rata-ratanya dilihat menyambut baik sumbangan yang diberikan kepada kerajaan Malaysia selain berterima kasih atas kerjasama padu daripada kedua-dua negara.

Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China Bukti Hubungan Baik 2 Negara, Malaysia Terima Peralatan Perubatan Dari China

Sumber: Facebook China Embassy in Malaysia  


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!